Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Nabawan Sedia Terima Atlit Olahraga SAGA IX 2019

By 5 Disember 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto:Asmidar Zainol (Nabawan)

NABAWAN, 5 Dis (Malaysiaaktif) – Persiapan sukan olahraga Sukan Sabah (SAGA) IX 2019 yang bakal berlangsung 8 hingga 11 Disember di Kompleks Sukan Nabawan berjalan lancar.

Pegawai Daerah Nabawan, Virus Malitam berkata, sehingga kini 95 peratus persiapan telah dilaksanakan bagi menyambut 839 atlet dan 120 Pegawai Teknikal serta 80 pembantu pegawai sepanjang program berlangsung.

Virus (duduk, empat dari kiri) bergambar kenangan bersama ahli-ahli jawatankuasa pelaksana selepas mesyuarat berkenaan.

Virus (duduk, empat dari kiri) bergambar kenangan bersama ahli-ahli jawatankuasa pelaksana selepas mesyuarat berkenaan.

“Persiapan dari segi lokasi acara, peralatan pengurusan sukan, tempat letak kenderaan, tandas dan sebagainya berjalan lancar.

“Walau bagaimanapun, masih ada sedikit persiapan di lokasi penginapan yang perlu diambil perhatian dan saya yakin kita dapat menyiapkan segalanya sebelum ketibaan semua kontijen pada 7 Disember ini.

“Saya ingin menyeru kepada masyarakat Nabawan untuk menyantuni tetamu-tetamu kita ini kerana bukan sahaja atlet yang akan berkampung di sini tetapi juga akan turut dihadiri oleh peminat-peminat sukan olahraga dan acara padang serta para penyokong dan keluarga.

“Bagi pihak jawatankuasa pelaksana kami berharap semua atlet dapat bertanding dengan penuh semangat kesukanan dan mereka yang hadir akan pulang dengan membawa pengalaman manis dari daerah ini,”ujarnya kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan sukan berkenaan di sini, pada Rabu.

Antara sukan olahraga dan acara padang yang dipertandingkan adalah larian 100 meter, 4×100 meter, 100 meter lari berpagar, 110 meter lari berpagar, 200 meter, 400 meter, 800 meter, 3000 meter, 5000 meter, lompat jauh, lompat tinggi, lempar cakera, rejam lembing, lontar peluru, lompat kuang dan sebagainya.

Keadaan kompleks sukan Nabawan.

Keadaan kompleks sukan Nabawan.

Selain sukan olahraga 20 acara sukan lain yang dipertandingkan adalah Badminton (lelaki dan wanita), Berbasikal (lelaki dan wanita), Bola Sepak (lelaki dan wanita), Bola Jaring (lelaki dan wanita), Bola Keranjang (lelaki), Bola Tampar (lelaki dan wanita), Boling Padang (lelaki dan wanita), Golf (lelaki dan wanita), Hoki (lelaki dan wanita) serta Karate (lelaki dan wanita).

Memanah (lelaki dan wanita), Muay (lelaki dan wanita), Ping Pong (lelaki dan wanita), Silat (lelaki dan wanita), Sepak Takraw (lelaki dan wanita), Ragbi (lelaki), Taekwondo (lelaki dan wanita), Tenis (lelaki), Tinju (lelaki) dan Petanque (lelaki dan wanita) melibatkan jumlah keseluruhan atlet sebanyak lima ribu orang.

Dalam pada itu, Pengurus Kompleks Sukan Nabawan, Mickley Mintik memaklumkan padang di kompleks berkenaan telah ditutup sejak 1 hingga 15 Disember ini manakala trek joging akan mula ditutup 7 hingga 13 Disember depan kepada orang ramai bagi memberi laluan kepada penganjuran sukan berkenaan.

Tambahnya, sepanjang sukan tersebut berlangsung, sebanyak 30 tapak gerai jualan akan disediakan bagi memudahkan mereka yang hadir menikmati makanan dan minuman.

Mickley Mintik.

Mickley Mintik.

Mereka yang hadir turut dinasihatkan agar menjaga kebersihan dan kemudahan kompleks berkenaan.

ER

Tinggalkan komen anda