Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Program Kembali ke Sekolah Manfaatkan 1500 Pelajar

By 30 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Nor Asikin Haria (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 30 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 400 orang pelajar dan murid-murid sekolah dari keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan Serdang dan Bandar Baharu telah menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM150 setiap seorang sempena Program Kembali ke Sekolah bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Salleh, Serdang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata program ini bertujuan meringankan beban kewangan ibu-bapa dan waris yang kurang berkemampuan dalam usaha menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak menjelang permulaan sesi persekolahan tahun 2020 bermula 2 Januari ini.

“Penyampaian bantuan dalam bentuk wang tunai mahupun bantuan pakaian dan kelengkapan sekolah adalah sebagai sokongan pihak kerajaan kepada keluarga berpendapatan rendah dalam usaha meringankan beban kewangan keluarga.

“Adalah diharapkan anak-anak ini dapat belajar dengan baik dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi di Universiti Awam (UA) mahupun swasta dan memperoleh kerjaya serta berjaya dalam hidup,” ujarnya ketika ditemui, di sini hari ini.

Menurut Saifuddin, pogram anjuran Pusat Khidmat Rakyat Kulim Bandar Baharu dengan kerjasama Yayasan Modal Insan Harta ini telah memanfaatkan seramai 1500 orang pelajar sepanjang program lima siri ini berlangsung.

“Kerjasama pasaraya-pasaraya besar ini berjaya membawa anak-anak daripada keluarga golongan berpendapatan rendah bagi membeli sendiri keperluan barang-barang persekolahan,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda