Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Info on Wheel Strategi Berkesan Penyampaian Maklumat

By 24 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun/Jaed Tepus (Sarawak)

KUCHING, 24 Jan (Malaysiaaktif) – Pelbagai kaedah telah diperkenalkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia bagi memastikan penyampaian maklumat kepada masyarakat pada peringkat akar umbi.

Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Aziz Abdul Rahman, berkata Info on Wheel merupakan strategi baharu diperkenalkan oleh jabatan tersebut dan dilihat memberikan impak positif dalam penyampaian yang lebih berkesan.

“Jabatan Penerangan Malaysia terkenal dengan unit bergeraknya dan fungsi unit bergerak ini diperluaskan dengan peranan mereka mengedarkan pelbagai risalah, buku kecil dan apa jua bentuk maklumat untuk masyarakat.

“Melalui inisiatif ini, kaedah penyampaian maklumat secara bersemuka masih digunakan agar masyarakat mudah faham dan lebih jelas dengan maklumat yang disampaikan di samping edaran bahan penerbitan yang dibekalkan oleh jabatan,” katanya ketika ditemui di Medan Niaga Satok, di sini baru-baru ini.

Menurut Aziz, pegawai lapangan jabatan tersebut sememangnya mahir menyampaikan maklumat dan bertindak sebagai perantaraan antara kerajaan dengan masyarakat bagi menjelaskan dasar-dasar kerajaan masa kini.

“Pada masa sama, inisiatif ini secara langsung menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat di mana pelbagai informasi berguna diperolehi melalui edaran bahan penerbitan yang diberikan semasa aktiviti ini dijalankan.

“Saya amat berharap agar Info on Wheel ini dapat menjadi satu aktiviti berterusan Jabatan Penerangan Malaysia pada masa akan datang,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda