Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Kayu Kammat, Kuih Tradisional Terengganu

By 30 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Antara tarikan Negeri Terengganu adalah kepelbagaian makanan tradisional yang sememangnya tersohor di pelusuk dunia. Bak kata orang, “Tak sah kalau ke Negeri Terengganu kalau tak merasa kuih tradisionalnya.”

Salah satu kuih tradisional yang digemari oleh orang ramai ialah kuih kayu kammat. Kuih ini sinonim dalam kalangan masyarakat Terengganu dan boleh dibeli di mana-mana kedai atau warung yang menjual kuih muih. Kuih kayu kammat secara beku juga boleh didapati di kebanyakan pasaraya yang berada di negeri ini.

Kuih Tradisional Terengganu, kayu kammat dicicah bersama kari ayam bagi menambahkan rasanya yang sedap

Kuih Tradisional Terengganu, kayu kammat dicicah bersama kari ayam bagi menambahkan rasanya yang sedap

Menurut Noriah Din, 50, pengusaha kuih tradisional dari Kampung Baru Kertih, kuih kayu kammat ini sudah zaman berzaman dan rasanya memang sedap dimakan bersama kopi o atau teh.

“Kos untuk membuat kayu kammat juga lebih murah berbanding kuih moden lain. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat kuih ini adalah tepung gandum, gula, minyak, planta, telur, yis dan gula,” jelasnya.

Noriah Din, 50, pengusaha kuih Tradisional, Kayu Kammat di Kampung Baru Kertih.

Noriah Din, 50, pengusaha kuih Tradisional, Kayu Kammat di Kampung Baru Kertih.

Bagi pelanggan tetap warung yang menjual kuih ini di Binjai, Kemaman, Norfalila Hussin, 37, berkata, “Kuih kayu kammat ini seakan kuih cakoi. Kuih cakoi lebih lembut dan ringan, manakala kayu kammat pula agak padat isinya, berat dan amat mengenyangkan.

Nurhaizan Mehammad, 40 yang bekerja sebagai penjawat awam pula memberitahu kuih ini sesuai untuk dimakan pada waktu petang dan minum pagi.

Nurhaizan Mehammad, 40, penjawat awam daripada Bukit Kuang, Kemaman

Nurhaizan Mehammad, 40, penjawat awam daripada Bukit Kuang, Kemaman

“Kayu kammat biasanya dimakan sewaktu sarapan dan minum petang. Ia bertambah sedap jika dicicah dengan kuah kari ayam. Ia merupakan makanan tradisional Terengganu dan perlu dicuba oleh para pelancong.”

Tan Chong Lee, 42 dari Chukai pula mengatakan kuih ini berasal dari Negara Cina dan mereka memanggil kuih ini dengan nama kuih Cakoi. Rasa kuih kayu kammat sama dengan kuih cakoi tetapi manis sedikit dan berlemak.

Tan Chong Lee, 42, surirumah dari Chukai, Kemaman gemar memakan kuih kayu kammat

Tan Chong Lee, 42, surirumah dari Chukai, Kemaman gemar memakan kuih kayu kammat

“Walau apa pun nama kuih itu, ia tetap mempunyai bentuk dan rasa yang hampir sama, melalui kuih muih juga secara tidak langsung boleh mengeratkan perpaduan kaum cina dan kaum melayu di negara tercinta ini,” ulasnya.

-ii-

Tinggalkan komen anda