Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Promosi Portal “Sebenarnya.My” Langkah Atasi Sebaran Maklumat Palsu

By 30 Januari 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Maherah Marina Mahusin/ Zamri Abd Razak

KUALA TERENGGANU, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Mutakhir ini, rakyat Malaysia dan dunia dikejutkan dengan wabak Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang bermula dari Wuhan, China.

Jangkitan virus ini yang boleh menyebabkan kematian dan mudah merebak sesama haiwan dan manusia dengan cepat menggusarkan masyarakat dunia. Segelintir pihak berlumba-lumba menyebarkan sebarang jenis maklumat yang diterima tanpa menyelidik sumber mencetuskan situasi panik dalam kalangan masyarakat.

Hebahan unit bergerak oleh pegawai lapangan daerah Kuala Terengganu di Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu

Hebahan unit bergerak oleh pegawai lapangan daerah Kuala Terengganu di Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu

Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Kuala Terengganu telah mengambil inisiatif untuk memberikan hebahan maklumat yang tepat dan sahih kepada anggota masyarakat dengan memaklumkan orang ramai supaya merujuk dengan sumber yang sah di saluran yang betul seperti portal Sebenarnya.my, platform media sosial Jabatan Penerangan Malaysia dan Kementerian kesihatan Malaysia(KKM) melalui aktiviti Info On Wheels (IOW) secara bersemuka di tempat-tempat tumpuan orang ramai.

Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Ros Naini Arshad berkata, “Kesedaran dalam kalangan masyarakat setempat mengenai 2019-nCoV masih rendah dan tidak peka dengan langkah yang perlu diambil untuk mengelak dari sebarang jangkitan.”

Ros Naini Arshad turut turun padang mengedarkan risalah berkaitan wabak Novel Koronavirus dan langkah-langkah pencegahan

Ros Naini Arshad turut turun padang mengedarkan risalah berkaitan wabak Novel Koronavirus dan langkah-langkah pencegahan

“Melalui IOW, kami memainkan peranan dengan menerangkan mengenai langkah-langkah pencegahan serta tanda-tanda dan gejala 2019-nCoV kepada masyarakat terutamanya warga emas dan memberitahu saluran yang betul sebagai rujukan mereka mengenai wabak ini,” ujarnya.

Tambah Ros Naini lagi, objektif pihaknya dalam menyampaikan maklumat mengenai wabak 2019-nCoV ini memberi impak positif apabila ada pengunjung mengutarakan soalan dan menerima risalah yang diedarkan sepanjang IOW berlangsung.

Peniaga, Taufik Muda menerima risalah mengenai 2019-nCoV daripada pegawai lapangan daerah Kuala Terengganu, Maherah Marina Mahusin

Peniaga, Taufik Muda menerima risalah mengenai 2019-nCoV daripada pegawai lapangan daerah Kuala Terengganu, Maherah Marina Mahusin

Seorang peniaga, Taufik Muda berkata, “Amalan kebersihan diri adalah antara langkah perlindungan yang boleh dilakukan orang ramai untuk mencegah jangkitan 2019-nCoV. Saya berharap semua ahli masyarakat mengambil langkah-langkah pencegahan bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada wabak ini,” tambahnya.

Bagi Sharifah Haslina atau mesra disapa sebagai Che Pah pula, langkah yang diambil oleh Jabatan Penerangan untuk turun padang dan menyampaikan maklumat adalah satu langkah yang baik kerana rata-rata maklumat yang diperoleh dari media sosial adalah tidak sahih dan beliau juga risau dengan khabar angin ini.

Edaran risalah mengenai langkah-langkah pencegahan oleh Rozli Mohamad, Penolong Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu

Edaran risalah mengenai langkah-langkah pencegahan oleh Rozli Mohamad, Penolong Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu

“Masyarakat mengambil mudah dan terus percaya bulat-bulat apa yang diviralkan di media sosial. Masyarakat sepatutnya menilai dan menyelidik sebelum mengambil langkah berkongsi maklumat tersebut agar tidak mencetuskan situasi yang tidak diingini” katanya mengakhiri perbualan.

-ii-

Tinggalkan komen anda