Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

FAMA FEST 2020 @Parit Buntar Sasar Pengunjung Tiga Negeri Bersempadan

By 24 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/ Kalaimani Munian (Ipoh)

IPOH, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terus memperluaskan saiz pasaran produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar serta memastikan produk pertanian dan industri asas tani tersedia, mudah diperoleh pada harga mampu beli.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri, berkata program ini bakal memperluaskan pasaran produk agromakanan tempatan selain meningkatkan pendapatan usahawan melalui jualan terus kepada pengguna dan membantu usahawan mempromosikan produk kepada pasaran.

“Program FAMA FEST akan menjadi acara utama FAMA dalam menyediakan platform kepada para pengeluar dan usahawan produk agromakanan ke arah mempertingkatkan tahap keusahawanan dan daya saing terutama melalui jalan terus kepada pengguna.

“Kita menjangkakan lebih 100,000 pengunjung bakal hadir dalam tempoh lima hari program ini berlangsung dan pemilihan Parit Buntar adalah disebabkan kawasannya yang strategik kerana bersempadan dengan tiga buah negeri iaitu Perak, Kedah, dan Pulau Pinang,” ujarnya pada sidang media di Bangunan PerakFM tengah hari tadi.

Selain fiesta, turut dibuka kaunter semakan dan pembayaran saman Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Selain fiesta, turut dibuka kaunter semakan dan pembayaran saman Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sempena program ini.

Sementara itu, Pengarah FAMA Perak Anuar Mohamed, berkata salah satu keunikan program ini adalah Bazar Peduli Rakyat yang menawarkan hasil makanan seperti ayam, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya pada harga 5 hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

“Kita berharap penduduk sekitar Parit Buntar, Bandar Baharu dan Nibong Tebal mengambil peluang ini untuk mendapatkan barang makanan dengan harga murah selain memeriahkan FAMA FEST yang julung-julung kali diadakan di Parit Buntar,” ujarnya.

Program yang dijadualkan bermula 27 Februari hingga 2 Mac ini turut mengadakan program Fruit, Flower and Food Fiesta dengan tujuan mewujudkan ruang pasaran untuk kumpulan sasar seperti usahawan, petani, pemborong, pengeksport dan peruncit dalam memasarkan produk agromakanan.

-SH

Tinggalkan komen anda