Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Gotong-Royong Perdana Pupuk Perpaduan

By 17 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: S.Shalene/Mawarni Ismail (Barat Daya)

PANTAI JEREJAK, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Gabungan kerjasama penduduk dan agensi kerajaan telah merealisasikan program Gotong-Royong Perdana Bayan Baru, di sini baru-baru ini.

Penduduk Lorong Mahsuri turut serta menjalankan gotong-royong

Penduduk Lorong Mahsuri turut serta menjalankan gotong-royong

Turut diadakan, “Majlis Ramah Mesra Bersama Saifuddin Nasution, Menteri di Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)” merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak.

Program ini menyaksikan budaya gotong-royong terus subur dalam kalangan masyarakat di peringkat kampung, sekaligus mengeratkan hubungan sesama mereka serta menjadi platform terbaik dalam memupuk perpaduan kaum apabila ia disertai penduduk pelbagai bangsa dan kaum.

Menteri KPDNHEP, Saifuddin Nasution turut turun padang bersama dan memberi kesedaran tentang Covid-19 dan inisiatif kerajaan

Menteri KPDNHEP, Saifuddin Nasution turut turun padang bersama dan memberi kesedaran tentang Covid-19 dan inisiatif kerajaan.

Pejabat Penerangan Barat Daya turut membantu menyebarluas insiatif-insiatif kerajaan seperti cara-cara pencegahan Covid-19, mySalam, Bantuan Sara Hidup (BSH), i-Suri, PeKa B40 menerusi komunikasi bersemuka dan hebahan Info on Wheels (IOW).

Turut hadir menjayakan program ini adalah Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Parlimen Bayan Baru, KHM Pantai Jerejak, KHM Sungai Nibong, MPKK Sungai Nibong Kecil, MPKK Kampung Jawa, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bayan Baru dan KADUN Pantai Jerejak dan agensi-agensi kerajaan.

-ii-

Tinggalkan komen anda