Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pengecas EV di Muallim Perkukuh Status Hi-Tech Valley

By 27 Jun 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Azhar Mat Isa (Muallim)

MUALLIM, 27 Jun (MalaysiaAktif) – Daerah Muallim kini selangkah ke hadapan dalam inisiatif tenaga hijau melalui penyediaan kemudahan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) berkelajuan tinggi pertama di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Behrang, di sini kelmarin.

Ketua Regulasi dan Advokasi, Bahagian Strategi dan Usaha Kenderaan Elektrik, Tenaga Nasional Berhad (PMO EV Strategy & Ventures) Aishah ketika ditemui.

Inisiatif ini diketuai oleh TNB Electron dengan usahasama PSAS Behrang bagi merealisasikan Tanjong Malim sebagai Hi-Tech Valley.

Menurut Ketua Regulasi dan Advokasi, Bahagian Strategi dan Usaha Kenderaan Elektrik, Tenaga Nasional Berhad (PMO EV Strategy & Ventures) Aishah Daniyal, pemasangan pengecas berkuasa 120kW ini bukan sahaja memenuhi keperluan pengguna EV tempatan, malah menyokong institusi seperti Politeknik yang menjadi pusat kecemerlangan teknologi automotif.

“Fokus kami ialah membina jaringan pengecas setiap 100–150km, bukan sahaja di bandar malah termasuk kawasan kurang tumpuan seperti di Kelantan, Terengganu dan kini Muallim selain daripada Manjung,” jelasnya ketika ditemui, semalam.

“Sambutan masyarakat amat positif, dengan lebih 10 kenderaan telah menggunakan kemudahan ini dalam tempoh dua hari pertama.

Kawasan sekitar jika dinaik taraf dapat meningkatkan mikroekonomi setempat contohnya gerai jualan dan sebagainya.

“Caj dikenakan adalah RM1.50/kWh, manakala caj penuh sebuah kereta jika menggunakan pengecas EV berkelajuan tinggi (Fast Charger) di sini hanya memerlukan 30-40 min dan bergantung kepada kenderaan,” katanya.

Aishah turut mencadangkan agar lampu jalan dan gerai mikroekonomi disediakan berdekatan lokasi pengecas bagi keselesaan dan keselamatan pengguna.

Majlis Pelancaran EV Charger TNB Electron bersama-sama TNB & PSAS yang bakal menyaksikan Karnival Kenderaan Elektrik pelbagai jenama dan model dipamerkan di Bangunan Pentadbiran PSAS selama dua hari pada 28 dan 29 Julai nanti.

-FN-

Tinggalkan komen anda