Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

IoW Penghubung Pemimpin dan Rakyat

By 17 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yuslina Ibrahim (Pasir Mas)

PASIR MAS, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Bertempat di pasar malam, pekan Rantau Panjang, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Eddin Syazlee Shith bersama-sama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan telah sama-sama turun padang untuk bersemuka memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan inisiatif yang telah kerajaan sediakan untuk rakyat yang tidak berkemampuan serta penjelasan tentang penyakit Novel Coronavirus bersempena Program Info On Wheels (IoW) anjuran Jabatan Penerangan Negeri Kelantan semalam.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan rasa gembira berada di negeri Kelantan dan dapat beramah mesra dengan masyarakat setempat.

Beliau turut berharap orang ramai lebih peka terhadap isu yang melibatkan negara terutama isu wabak penyakit Novel Coronavirus.

“Masyarakat diminta jangan mudah panik dan percaya bulat-bulat kepada semua khabar angin yang tidak sahih mengenai penyakit ini,” ucapnya.

“Rakyat juga diminta merebut semua peluang terhadap inisiatif yang diberikan oleh kerajaan terutama berkaitan Mysalam, Peka B40 dan e-Tunai Rakyat,”

Timbalan Menteri memberikan risalah kepada penjual pasar malam

Timbalan Menteri memberikan risalah kepada penjual pasar malam

Tambahnya lagi, Inisiatif ini merupakan tanda terima kasih kerajaan kepada rakyat.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih berkaitan inisiatif kerajaan ini dari pihak yang telah dilantik oleh kerajaan untuk mengendalikan perkara ini,”jelasnya lagi.

Bagi masyarakat setempat, Mahadi Pa’ Adik, 51, program sebegini memberi peluang kepada masyarakat beramah mesra dengan pemimpin negara.

“Secara tidak langsung dapat mengurangkan rasa malu rakyat apabila bersama pemimpin dan melalui program ini juga rakyat boleh meluahkan apa saja berkaitan dengan keperluan mereka kepada pemimpin kerajaan,”katanya.

Bagi seorang lagi penduduk tempatan, Azmi Seman, 59, penjelasan terhadap sesuatu isu oleh pihak kerajaan melalui program begini akan dapat mengelak orang ramai daripada mempercayai sesuatu berita yang tidak sahih dan palsu.

Jelasnya lagi, beliau juga turut teruja apabila dapat beramah mesra dengan pemimpin negara yang bertaraf Timbalan Menteri di samping dapat mendengar penjelasan sesuatu isu daripada pemimpin itu sendiri.

Sempena dengan program ini juga turut diadakan pameran kaunter interaktif dari Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Telekom Malaysia.

-NAZ

Tinggalkan komen anda