Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Terengganu Semarak Semangat Hijrah, Belia Diangkat Agen Transformasi Ummah

By 29 Jun 2025November 4th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini Mohamad

KUALA TERENGGANU, 29 Jun (MalaysiaAktif) – Dewan Besar Wisma Darul Iman bergema dengan semangat perubahan apabila Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu 1447H berlangsung penuh gilang-gemilang kelmarin, dengan keberangkatan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin, .

Titah diraja disampaikan oleh Yang Di-Pertuan Muda mewakili Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu sempena sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri Terengganu 1447H

Bertemakan Membangun Ummah MADANI, sambutan kali ini mengangkat mesej mendalam tentang keimanan, ilmu sepanjang hayat dan akhlak mulia sebagai teras kehidupan masyarakat Islam moden.

Dalam titah diraja yang disampaikan, Yang Di-Pertuan Muda yang mewakili ayahandanya menyeru umat Islam menjadikan semangat hijrah sebagai pencetus perubahan diri, pengukuh institusi keluarga, dan pembina masyarakat yang cemerlang berteraskan nilai-nilai Islam.

Baginda turut menekankan peranan strategik golongan belia sebagai agen transformasi sosial yang mampu melonjakkan kemajuan ummah secara menyeluruh.

Tetamu yang hadir di majlis sambutan Maal Hijrah 1447H Peringkat Negeri Terengganu

Majlis turut menyaksikan penganugerahan Tokoh Maal Hijrah 1447H kepada Datuk Dr. Ghazali Ahmad, Pakar Nefrologi Institut Jantung Negara dan Tokoh Dakwah kepada Dato’ Mohd Fauzi Mustaffa, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan.

Sambutan ini bukan sekadar memperingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW, tetapi menjadi simbol kepada tekad negeri Terengganu dalam memperkasa syiar Islam, membina masyarakat madani yang progresif dan berteraskan nilai murni.

Turut berangkat Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Dato’ Seri Muhammad Mua’az Sultan Mizan Zainal Abidin dan Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’ Sultan Mizan Zainal Abidin.

-AA-

Tinggalkan komen anda