Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Kerajaan Ambil Berat Golongan Asas Tani Di Terengganu

By 3 Februari 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: M. Subhi Abang (Setiu)/ Shuhaimi Ahmad (Kuala Terengganu)

SETIU, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia, Salahuddin Ayub berkata, hasil lawatan kementeriannya di pengkalan-pengkalan nelayan di Kelantan dan Terengganu mendapati hasil laut semakin meningkat. Ianya hasil kejayaan Operasi NAGA (Ops NAGA) yang diadakan kerajaan dalam menyekat kehadiran nelayan-nelayan asing di perairan Malaysia.

“Setelah mengadakan kerjasama dengan beberapa agensi di perairan negara dengan menggunakan segala aset marin yang ada, kita berjaya merampas bot-bot nelayan asing, seterusnya menenggelamkan bot tersebut di sekitar perairan Kelantan dan Terengganu yang bertindak sebagai tukun.
“Dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini, Saya telah menegaskan bahawa Ops NAGA perlu diteruskan untuk memastikan nelayan-nelayan asing ini disekat melalui prosedur dan undang-undang yang ada. Ianya demi memastikan kebajikan dan hasil laut boleh dinikmati oleh nelayan-nelayan tempatan,” ujar beliau lagi.

Salahuddin menyampaikan bantuan bencana kepada ahli Pertubuhan Peladang

Salahuddin menyampaikan bantuan bencana kepada ahli Pertubuhan Peladang

Selain itu, Pasar Nelayan juga akan dinaik taraf dan dipertambah untuk memastikan hasil laut dapat dijual secara terus kepada pembeli tanpa manipulasi orang tengah. Jika hasrat tersebut dapat direalisasikan, harga hasil laut tidak akan menjadi mahal dan akan menjadi lebih seimbang serta berpatutan.

Beliau berucap demikian semasa hadir bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Bencana Ahli Peladang Terengganu di Peladang Setiu Agro Resort yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Mazlan Aliman, baru-baru ini.

Tambah beliau, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi juga telah mengadakan perjanjian kerjasama antara Petronas dengan Bank Agro yang bernilai RM100 juta untuk membantu golongan asas tani melalui program skim pinjaman dengan kadar bunga yang rendah kepada usahawan-usahawan muda yang berorientasikan industri asas tani untuk memulakan perniagaan.

Ahli Pertubuhan Peladang yang ditimpa bencana banjir membawa pulang sumbangan berupa kit makanan yang disampaikan oleh Salahuddin di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu

Ahli Pertubuhan Peladang yang ditimpa bencana banjir membawa pulang sumbangan berupa kit makanan yang disampaikan oleh Salahuddin di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu

Kementeriannya pada tahun ini juga akan melaksanakan semua hala tuju, program dan perancangan yang telah diadakan.

“Sasaran kementerian ialah meletakkan jangka masa lima tahun akan datang, jika berlaku bencana, bukan lagi kementerian yang akan bagi bantuan, tapi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sendiri boleh mengurus tadbir”, tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, bagi penanam-penanam padi, kementerian juga telah mendapatkan peruntukan sebanyak RM30 juta yang telah disalur dan diselia dibawah pengurusan Bank Agro selain telah menyalurkan sebanyak RM107, 235 untuk membantu 307 peladang di Terengganu yang terjejas akibat bencana alam sepanjang tahun lepas.

Salahuddin bersama petugas Pejabat Penerangan Daerah Setiu mengedar risalah cegah wabak Koronavirus pada majlis penyampaian bantuan bencana kepada ahli Pertubuhan Peladang di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu

Salahuddin bersama petugas Pejabat Penerangan Daerah Setiu mengedar risalah cegah wabak Koronavirus pada majlis penyampaian bantuan bencana kepada ahli Pertubuhan Peladang di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu

Sehingga kini, terdapat 47,235 peladang daripada 15 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh Terengganu.

Terdahulu, Salahuddin sempat meluangkan masa dalam aktiviti “Info On Wheels”  kelolaan Jabatan Penerangan Malaysia di seluruh negara.

Aktiviti ini bertujuan untuk memasarkan maklumat melalui komunikasi secara bersemuka kepada masyarakat yang bertujuan supaya masyarakat mendapat maklumat yang sahih, tepat dan terkini mengenai dasar-dasar negara dan isu-isu semasa yang ditangani kerajaan.

-ii-

Tinggalkan komen anda