Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Info On Wheels: TEAM SPT Meriahkan Sambutan Tahun Baru Cina

By 3 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Halimah Abdul Ghani (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim melahirkan penghargaan dan berterima kasih atas usaha Jabatan Penerangan Pulau Pinang dan Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) khasnya atas usaha menyampaikan maklumat secara bersemuka kepada rakyat.

Beliau berucap ketika merasmikan Program Amal Tahun Baru Cina 2020 Parlimen Bukit Mertajam yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Lalang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Chong Eng, Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk, Lee Khai Loon, Ahli-ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai, Pengarah Penerangan Pulau Pinang, Sabri Said serta Ketua-ketua jabatan di daerah Seberang Perai Tengah.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim menampal pelekat Kod QR #QR4info di pintu masuk Pejabat Khidmat Parlimen Bukit Mertajam

Ahli Parlimen Bukit Mertajam merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim menampal pelekat Kod QR #QR4info di pintu masuk Pejabat Khidmat Parlimen Bukit Mertajam

Bersempena Program Amal Tahun Baru Cina Peringkat Parlimen Bukit Mertajam, Pejabat Penerangan Seberang Perai Tengah mengambil inisiatif untuk turut serta dengan melaksanakan aktiviti Info On Wheels yang menjadi fokus Jabatan Penerangan pada masa kini.

Pengarah Penerangan Pulau Pinang, Sabri Said turut sama membantu memberikan penerangan tentang inisiatif kerajaan kepada pengunjung

Pengarah Penerangan Pulau Pinang, Sabri Said turut sama membantu memberikan penerangan tentang inisiatif kerajaan kepada pengunjung

Pengunjung turut mengambil peluang untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang diberikan oleh pegawai-pegawai Pejabat Penerangan SPT, antaranya taklimat ringkas serta risalah berkaitan PeKa B40, e-Tunai, Novel Coronavirus, pendaftaran MySalam, semakan BSH, semakan kelayakan PeKa B40, tatacara membuat tuntuan e-Tunai, pengedaran bahan-bahan penerbitan jabatan dan sebagainya.

Pengunjung mengambil peluang untuk membuat imbasan Kod QR #QR4info untuk ekses ke laman sosial rasmi Jabatan Penerangan Pulau Pinang

Pengunjung mengambil peluang untuk membuat imbasan Kod QR #QR4info untuk ekses ke laman sosial rasmi Jabatan Penerangan Pulau Pinang

Di samping itu, tidak ketinggalan kempen imbas QR kod #QR4info untuk memudahkan pelayaran ke laman media sosial Jabatan Penerangan Pulau Pinang serta mengimbas kod QR untuk membaca maklumat-maklumat bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia.

Penerangan serta tatacara untuk membuat tuntutan e-Tunai juga turut diberikan kepada pengunjung

Penerangan serta tatacara untuk membuat tuntutan e-Tunai juga turut diberikan kepada pengunjung

Hampir 1, 600 risalah berkaitan e-Tunai serta Novel Coronavirus telah diedarkan kepada pengunjung. Sementara itu, 500 penerima yang terdiri daripada pelbagai kaum di sekitar Bukit Mertajam turut menerima sumbangan sempena Tahun Baru Cina.

-ii-

Tinggalkan komen anda