
Laporan/foto: Norhasliza Hamzah/Nik Muhammad Faiz Faizal Nik Hassan (Segamat)
SEGAMAT, 16 Feb (Malaysiaaktif) āĀ Komuniti Harapan Malaysia (KHM) yang dianggotai oleh ahlinya terdiri dari berbilang kaum merupakan nadi penggerak Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat di peringkat akar umbi terutama dalam mengekang penyebaran infomasi tidak tepat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Menurut Pengerusi KHM Jabi Tan Kai Seng, KHM Jabi di bawah DUN Pemanis sentiasa menjalankan aktiviti setempat dalam usaha membantu kerajaan menyampaikan maklumat kepada rakyat bagi memastikan maklumat yang diterima sahih dan benar.
āDr Chong selaku ADUN Kawasan (Pemanis) sentiasa menegaskan agar keanggotaan KHM ini perlu berbilang kaum bagi memudahkan penyampaian maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat,ā katanya ketika ditemui pada Taklimat dan Pembukaan Akaun Bank KHM di Pejabat Penerangan Daerah Segamat.

Sekitar Taklimat dan Pembukaan Akaun Bank ini dihadiri oleh Urusetia KHM Kebangsaan, pihak Maybank Cawangan Segamat serta Pengerusi dan Bendahari dari 15 KHM di daerah Segamat.
Pengerusi KHM Sungai Segamat (DUN Pemanis) Siti Norlila Abdullah, berkata KHM merupakan medium antara kerajaan dan rakyat di mana antara pendekatan yang diambil KHM dengan mengadakan program derma darah serta sesi perjumpaan pemimpin dan akar umbi yang telah dianjurkan oleh KHM Jabi dan Sungai Segamat pada tahun lepas dalam usaha membentuk perpaduan dan penyampaian maklumat yang lebih berkesan kepada rakyat.
Mereka berkata demikianĀ ketika ditemubual wartawan Malaysia Aktif baru-baru ini pada Taklimat dan Pembukaan Akaun Bank KHM di Pejabat Penerangan Daerah Segamat.
Pengurus Maybank Cawangan Segamat Pauline Chan berkata, ia merupakan kali pertama pihak Maybank Cawangan Segamat dipanggil untuk turut serta dalam taklimat ini yang membawa kepada pembukaan 15 akaun bank Komuniti Harapan Malaysia.

Pihak Maybank Cawangan Segamat membuat imbasan kad pengenalan sebagai salah satu prosedur pembukaan akaun KHM.
āUntuk datang ke sini (Pejabat Penerangan) bagi tujuan pembukaan akaun pada saya bukan satu perkara yang luar biasa kerana untuk membuka akaun macam ini kita akan pergi ke tempat pelanggan bagi memudahkan cara.
āIa merupakan satu pendekatan yang dibawa oleh Maybank dalam memberi perkhidmatan kepada komuniti setempatĀ di manaĀ secara tidak langsung pihak kami dapat berkongsi maklumat dengan KHM terutama berkaitan dengan perbankan, perniagaan, perumahan dan sistem pembayaran tanpa tunai (cashless),ā ujarnya.
Sementara itu, Urusetia KHM Kebangsaan Khairil Anuar Ahmad berkata, kunjungan pihak Maybank ke Pejabat Penerangan bagi tujuan memudahkan proses pembukaan akaun KHM.
āSebelum ini, untuk membuka akaunĀ mereka perlu hadir ke bank tetapi dengan inisiatif Pejabat Penerangan Daerah dan Pegawai Penerangan Daerah (Segamat) yang mana telah meminta agar pihak Maybank hadir bersama-sama dengan kita bagi memudahkan proses pembukaan akaun.
āIa menjimatkan masa dan ini adalah salah satu cara komunikasi dua hala yang mana setiap persoalan atau pertanyaan boleh ditanya kepada pihak Maybank seperti isu caj dan cek berbanding jika dibuat di bank, kemungkinan pertanyaan adalah terhad,ā ujarnya lagi.
Menurut Pegawai Penerangan Daerah Nor Sofian Abdul Manan, buat julung kalinya pembukaan akaun KHM ini dibuat secara bersepadu dengan kerjasama Maybank Cawangan Segamat bagi memudahkan semua pihak terutama KHM itu sendiri terutama dalam menjalankan aktiviti tahunan.
Dalam taklimat yang sama, Nor Sofian turut menyampaikan watikah penubuhan tiga KHM di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah dan dua di DUN Pemanis.
-NI-