Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

PMM Kongsi Kepakaran Penjimatan Tenaga

By 21 Februari 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Jais Gimin (PMM)

MELAKA, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Tenaga Politeknik Merlimau Melaka (PMM) membentangkan dan berkongsi mengenai penjimatan tenaga yang dilaksanakan di PMM di hadapan menteri dan exco-exco kerajaan negeri seluruh Malaysia.

Peluang perkongsian berprofail tinggi tersebut atas permintaan Malaysia Green Technology Corporation untuk dibentangkan di hadapan menteri terutamanya bagi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

Menurut Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PMM Mohamad Nazri Ismail, yang juga merupakan Register Electrical Energy Manager (REEM),
perkongsian tersebut membuktikan bahawa PMM antara institusi pendidikan yang kehadapan dari segi penjimatan tenaga elektrik.

“PMM sebenarnya telah melaksanakan sejak tahun 2013 lagi kaedah Energy Performance Contracting (EPC) yang terbukti menjimatkan penggunaan elektrik.

“Saya berkongsi mengenai kejayaan PMM menjimatkan penggunaan tenaga elektrik ini dan kaedah pengurusan tenaga mampan yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Tenaga PMM agar dapat dimanfaatkan bersama,” katanya ketika ditemui di salah sebuah hotel, di Kuala Lumpur kelmarin.

Dalam sesi tersebut, Menteri MESTECC Yeo Bee Yin turut berkongsi inisiatif kementeriannya bagi tahun 2020.

-SH

Tinggalkan komen anda