Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina Meriah

By 17 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mastura Mohamed Rowther/Jabatan Penerangan Malaysia (Daerah Timur Laut)

GEORGETOWN, 17 Feb, (Malaysia Aktif) – Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail, telah meluangkan masa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Tahun 2020 yang berlangsung di Padang Kota Lama, di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, rakyat perlu terus memainkan peranan bagi memastikan ekonomi di negara ini terus berkembang serta meningkatkan pendapatan negara melalui agensi pelancongan.

“Perbezaan dan kepelbagaian budaya menjadikan masyarakat di negara ini lebih mengenali antara satu sama lain dalam masa yang sama menjadikan negara sebuah destinasi pelancongan dan tarikan kepada pelancong,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri disambut oleh tetamu kehormat.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri disambut oleh tetamu kehormat.

Turut hadir, barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow bersama isteri Tan Lean Kee , Yang Dipertua Ahli Dewan Undangan Negeri, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta tetamu kehormat yang lain.

Kira-kira 3, 000 pengunjung dan orang ramai merangkumi pelbagai kaum memenuhi perkarangan padang untuk sama-sama meraikan sambutan.

Wan Azizah bersama tetamu kehormat lain menggaul 'Yee Sang'.

Wan Azizah bersama tetamu kehormat lain menggaul ‘Yee Sang’.

Wan Azizah bersama tetamu kehormat lain turut menggaul ‘yee sang‘ selaku acara tradisional masyarakat Tionghua yang melambangkan kemakmuran dan kebaikan.

Sesi bergambar bersama tetamu kehormat yang hadir

Sesi bergambar bersama tetamu kehormat yang hadir

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan-persembahan tarian tradisional masyarakat Cina.

-ii-

Tinggalkan komen anda