Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurMAPahang

Sepakat@Komuniti Tahun Baharu Cina Ceriakan Warga Rumah Sejahtera

By 8 Februari 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Izarina KMI / Muhammad Redzuan Jaafar (Bentong)

BENTONG, 8 Feb (Malaysiaaktif) – 100 orang warga emas telah diraikan dalam Program Sepakat @ Komuniti sempena Tahun Baharu Cina bertempat di Rumah Sejahtera Daerah Bentong di sini, kelmarin.

Saifuddin bersalaman bersama warga rumah Sejahtera.

Saifuddin bersalaman bersama warga rumah Sejahtera.

Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah hadir menyantuni warga emas dan meraikan mereka dalam majlis yang penuh meriah ini.

Program ini dapat mengeratkan hubungan walaupun perbezaan pegangan agama dan budaya.

Turut mengulas berkenaan penularan Novel Coronavirus 2019 (2019 n-CoV), beliau berkata “kerajaan bersetuju untuk membawa pulang kakitangan staf tertentu Wisma Putra dan agensi kerajaan lain yang berada di China bersama pasangan dan tanggungan menggunakan penerbangan komersial yang ditanggung kerajaan secara berperingkat.”

Pemberian sumbangan angpao kepada warga rumah Sejahtera.

Pemberian sumbangan angpao kepada warga rumah Sejahtera.

Dalam majlis tersebut, beliau turut mengedarkan risalah berkaitan 2019-nCoV kepada orang ramai yang hadir bagi meningkatkan kesedaran tentang langkah-langkah melindungi diri dan orang lain dari wabak ini.

-KN

Tinggalkan komen anda