Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Warga Selising Terima Pasar Baharu

By 17 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Mohd Fauzan / Hafizi Hassan (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 17 Feb (Malaysiaaktif) -Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pasar Awam Siti Sarah, di pekan Selising, semalam.

Dalam ucapan perasmian tersebut, Zuraida meminta agar soal pengurusan pasar tersebut dapat dilakukan secara terurus dan sistematik .

“Aspek kebersihan juga harus diberi keutamaan oleh pihak berkaitan agar aspek kebersihan ini akan dapat menjadi perintis kepada pasar-pasar lain di seluruh negara dan dijadikan sebagai penanda aras kepada pentadbiran sesebuah negeri.

Beliau turut menyarankan supaya Yang Di-Pertua, Majlis Daerah Pasir Puteh agar memberikan taklimat kepada peniaga untuk menandatangani kontrak bagi tujuan pembaharuan lesen dan pematuhan peraturan.

“Sekiranya seseorang peniaga itu gagal berbuat demikian, maka lesen mereka harus dibatalkan dan diberi kepada orang lain yang memerlukan,”ujarnya.

“Selain itu, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mempertimbangkan permintaan pihak kerajaan negeri untuk memohon peruntukan berjumlah RM3 juta bagi tujuan membesarkan kawasan Pasar Awam Siti Hajar ini.

Dalam ucapan akhirnya, beliau berpuas hati dan gembira kerana Pasar Siti Sarah ini adalah sebuah pasar yang cantik dan menarik di antara pasar-pasar yang terdapat di negara ini.”

Beliau yang dalam lawatan kerja dua hari di Kelantan sebelum itu telah menyempurnakan Majlis Perasmian Anti-Litter di Pasar Awam Siti Khadijah, Kota Bharu.

-NAZ

Tinggalkan komen anda