Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

COVID-19 : Johor Bantu Sektor Pendidikan

By 26 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto : Shah Hood/MEDKOM (Johor Bahru)

KOTA ISKANDAR, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri mengumumkan beberapa inisiatif bagi membantu sektor pendidiakan yang terkesan berikutan penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

Menurut Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad, kerajaan negeri akan menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negeri kepada pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bermula April hingga Jun 2020 dan turut disalurkan bantuan secara one-off lkepada para pelajar yang tinggal di asrama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kerajaan negeri memperuntukan RM5 ribu hingga RM10 ribu kepada Persatuan Pelajar Negeri Johor di IPTA seluruh Malaysia dan penyaluran peruntukan ini akan dibuat secara one-off menerusi outright grant.

“Kerajaan negeri juga akan menangguhkan bayaran pinjaman pelajaran kepada pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman pelajaran di Mesir dan Jordan melalui Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) mulai April sehingga Jun 2020,” katanya lagi ketika sidang media Pengumuman Insentif-Insentif Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor, di sini, semalam.

Hasni turut memaklumkan, melalui peruntukan MAIJ, bantuan makanan sebanyak RM200 juga akan diberikan secara one-off kepada pelajar-pelajar negeri Johor yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir dan Jordan yang terkesan dengan PKP.

“MAIJ akan memberikan bantuan kepada pelajar yang tinggal di asrama madrasah-madrasah yang berdaftar dengan pihaknya membabitkan peruntukan sebanyak RM10 ribu,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para petugas barisan hadapan sektor kesihatan, pasukan keselamatan dan seluruh penjawat awam serta rakyat negeri ini yang bertungkus lumus memberikan kerjasama dan komitmen bagi menangani COVID-19.
-NI-

Tinggalkan komen anda