Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19 : Kempen Melawat Malaysia 2020 Dibatalkan

By 19 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020) dibatalkan serta-merta bagi mencegah penularan wabak COVID-19, kata┬áMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri┬áNancy Shukri.

Keputusan itu, kata Nancy adalah berikutan impak penularan wabak COVID-19 yang memberi kesan serta menjejaskan sektor pelancongan di Malaysia dan dunia secara amnya.

Beliau berkata berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan wabak COVID-19, kementerian turut membekukan semua urusan kaunter dan perkhidmatan dalam talian bagi permohonan baharu, pembaharuan lesen pengendalian pelancongan, pemandu pelancong, Institut Latihan Pelancongan dan pendaftaran penarafan premis penginapan pelancongan, spa dan pusat urutan kaki.

ÔÇťPembekuan semua perkhidmatan kaunter dan dalam┬átalian di Bahagian Pelesenan Pelancongan serta Pejabat MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) Negeri berhubung pelesenan pelancongan seperti pelesenan syarikat pengendali pelancongan, pemandu pelancong, Institut Latihan Pelancongan dan pendaftaran penarafan premis penginapan pelancongan, spa┬ádan pusat urutan kaki adalah berkuat kuasa serta-merta sehingga 31 Mac 2020,ÔÇŁ katanya dalam kenyataan malam ini.

Nancy berkata selaras dengan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan, semua premis penginapan pelancong masih dibenarkan beroperasi, namun secara minimum.

ÔÇťSemua tetamu premis penginapan pelancong hendaklah berada di dalam bilik penginapan mengikut tempoh berkenaan dan tempahan sajian hendaklah dibuat secara ÔÇśroom serviceÔÇÖ.

ÔÇťProses pendaftaran tetamu (check-in) ke premis penginapan pelancong bagi tempoh perintah berkenaan adalah dibenarkan, tetapi dalam skala yang kecil dan dihadkan,ÔÇŁ katanya.

Bagaimanapun, Nancy berkata pelancong domestik baharu yang ingin mendaftar masuk ke premis penginapan pelancong tidak dibenarkan.

VM2020 yang dilancarkan pada 31 Dis lepas, menyasarkan kemasukan 30 juta pelancong dan menjana RM100 bilion pendapatan daripada industri pelancongan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda