Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Jalani Pemeriksaan Kesihatan Setelah Pulang dari Luar Negara – KP Kesihatan

By 28 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)/KKM

PUTRAJAYA, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Ketua Pengarah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menggesa mereka yang baharu pulang dari luar negara untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.

“Sejumlah kes COVID-19 melibatkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara telah direkodkan semenjak kebelakangan ini, oleh itu KKM memandang serius kepatuhan rakyat Malaysia dalam mengikuti nasihat yang telah dikeluarkan.

“Setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing secara bertanggungjawab, pematuhan kepada ketetapan ini adalah amat penting bagi mengelakkan dari berlakunya penularan jangkitan yang meluas dalam masyarakat,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham, amat berharap agar mereka yang berkemampuan untuk menyalurkan sumbangan atau derma bagi membantu jabatan menangani pandemik COVID-19 dengan sebaiknya.

“KKM sangat menghargai keprihatinan rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat yang ingin menyalurkan sumbangan atau derma dan sumbangan yang diterima setakat ini tidak hanya terhad kepada bantuan kewangan tetapi juga melibatkan alat-alat kelengkapan perubatan, barangan keperluan di peringkat makmal, bahan pakai buang serta keperluan-keperluan perubatan lain yang berkaitan untuk kegunaan di fasiliti KKM,” tambahnya.

Tinggalkan komen anda