Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)/KKM
PUTRAJAYA, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan sebanyak 320 kes sembuh sepenuhnya manakala 61 kes pulih COVID-19 dan dibenarkan discaj hari ini.
Ketua Pengarah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan sebanyak 159 kes positif baharu dilaporkan menjadikan kes keseluruhan positif COVID19 adalah sebanyak 2,320.
“Sebanyak 73 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 54 daripada jumlah itu memerlukan bantuan pernafasan dan turut terdapat satu kes kematian baharu hari ini menjadikan jumlah kes kematian di Malaysia kini adalah seramai 27 kes,” katanya menerusi satu sidang media, hari ini.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama-sama dengan Alam Flora telah menjalankan proses pembersihan dan disinfeksi di sekitar kawasan Masjid Seri Petaling pada hari ini.
“100 orang pekerja telah diberikan peralatan khas bagi menjalankan pembersihan dan disinfeksi tersebut susulan arahan daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya lagi.