Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kerajaan Melaka Perkasa Agenda Perumahan Rakyat

By 16 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farah Diana/ Facebook Sulaiman Md Ali (Melaka)

MELAKA, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Melaka akan memperkasa agenda perumahan rakyat bagi mencapai visi “Satu Keluarga Sebuah Rumah.”

Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali berkata kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan cadangan dan pandangan yang baik khususnya mengenai pembangunan perumahan bagi manfaat rakyat di negeri Melaka.

Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali berucap merasmikan Pelancaran Projek Perumahan Rumah Mampu Milik Taman Masjid Tanah Perdana.

Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali berucap merasmikan Pelancaran Projek Perumahan Rumah Mampu Milik Taman Masjid Tanah Perdana.

“Kerajaan negeri bukan pesaing kepada mana-mana pemaju perumahan tetapi bertindak sebagai pelengkap antara satu sama lain.  Justeru, kerajaan negeri akan terus menjalin kerjasama rapat dengan para pemaju perumahan untuk menjayakan lebih banyak perumahan mesra rakyat dan merangka dasar perumahan yang mesra pemaju pada masa hadapan,” katanya semasa Majlis Perasmian Pelancaran Projek Perumahan di Taman Masjid Tanah Perdana, Masjid Tanah, baru-baru ini.

Taman Masjid Tanah Perdana mempunyai 320 unit rumah kediaman. Rumah Mampu Milik 1 tingkat (20’ X 70’) tersebut mempunyai empat bilik tidur, satu ruang tamu, dua ruang makan dan dua bilik mandi dengan keluasan binaan 1,050 kaki persegi dengan harga jualan RM180,000 setiap unit.

Taman Masjid Tanah Perdana adalah hak milik kekal terletak di lokasi yang tinggi, berudara nyaman dan dingin serta berdekatan dengan Bandar Masjid Tanah.

Orang awam yang berminat boleh membuat permohonan pembelian Rumah Mampu Milik melalui Lembaga Perumahan Negeri Melaka.

-KN

Tinggalkan komen anda