Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Karnival Catur Antarabangsa Pupuk Minat Generasi Muda

By 16 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Salwati binti Md Zam (Melaka)

MELAKA, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Politeknik Malaysia International Chess Carnival 2020 (PMICC 2020) anjuran Politeknik Melaka yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CReATE) Alor Gajah Melaka, baru-baru ini telah menarik lebih 500 penyertaan.

Peserta Politeknik Malaysia International Chess Carnival 2020.

Peserta Politeknik Malaysia International Chess Carnival 2020.

Menurut Yang Dipertua Majlis Sukan Politeknik Malaysia, Ts. Rumzi Mamat, kejohanan catur ini merupakan penganjuran kali ke-5 diadakan di peringkat Politeknik Malaysia dan penganjuran kali ini adalah membanggakan kerana penyertaan kejohanan peringkat antarabangsa mendapat penyertaan tertinggi.

“Karnival tersebut yang berlangsung selama dua hari mendapat penyertaan dari peserta seluruh negeri di Malaysia dan penyertaan dari lima buah negara luar iaitu Indonesia, Filipina, Palestin, Gaza dan Syria serta terdapat peserta mempunyai gelaran dalam catur ini seperti Grandmaster (GM), International Grandmaster (IM), dan Fide Master (FM),”katanya.

Yang Dipertua Majlis Sukan Politeknik Malaysia, Ts. Rumzi Mamat (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Yang Dipertua Majlis Sukan Politeknik Malaysia, Ts. Rumzi Mamat (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Selain itu, kejohanan catur ini juga mendapat sokongan kuat daripada Kesatuan Catur Malaysia dan Majlis Sukan Politeknik Malaysia. Kejohanan ini juga turut dipaparkan dalam tournament database of chess-results.com yang memaparkan kejohanan catur yang sedang berlangsung seluruh dunia.

Kejohanan kali ini mempertandingkan lima kategori iaitu Bawah 12 tahun dan 18 Tahun, Kategori Fischer Random Chess (FRC), Kategori Terbuka dan juga Kategori Politeknik.

Peserta dari Filipina, Neslon menggungguli tempat pertama bagi Kategori Fischer Random Chess dan Mas Hafizulhelmi di tempat kedua diikuti Masrin Erowan yang kedua-duanya dari Malaysia.

Bagi kategori terbuka pula peserta Malaysia mengungguli kedudukan satu hingga tiga d imana Chan Kim Yew mendapat tempat pertama diikuti Mas hafizulhelmi dan Syakir Shazmeer.

Bagi Kategori Politeknik pula Politeknik Kota Kinabalu mengungguli senarai politeknik iaitu mendapat tempat pertama dan ketiga. Tempat kedua dimiliki oleh Politeknik Tun Syed Sirajuddin.

Bagi kategori Kategori Bawah 12 Tahun, Aqil Alauddin Abd Aziz berjaya mengungguli tempat pertama menewaskan 112 peserta lain, manakala bagi Kategori Bawah 18  tahun, Muzamil M. Mirza Irfan mengungguli tempat pertama menewaskan 146 orang peserta lain.

Para pemenang masing-masing membawa hadiah berupa pingat, wang dan sijil penyertaan.

-KN

Tinggalkan komen anda