Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pakej Rangsangan Ekonomi Ditambahbaik – MB Johor

By 12 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shah Hood/MEDKOM (Johor Bahru)

ISKANDAR PUTERI, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Johor telah menetapkan beberapa pakej rangsangan ekonomi untuk membantu mengurangkan bebanan rakyat pada mesyuarat barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, di sini, semalam.

Menurut Menteri Besar, kerajaan negeri telah memutuskan agar potongan cukai ke atas tanah rizab melayu sebanyak 50 peratus yang sebelum ini dikenakan terhadap pemilik tidak melebih empat hektar telah di naikkan kepada lima hektar.

Datuk Hasni Mohammad ketika mempengerusikan Mesyuarat Pertama EXCO Johor.

Datuk Hasni Mohammad ketika mempengerusikan Mesyuarat Pertama EXCO Johor.

“Langkah ini akan memanfaatkan pemilik tanah di kalangan peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) selain penduduk kawasan luar bandar dengan tempoh bayaran cukai juga akan dilanjutkan.

“Kerajaan negeri juga berhasrat membantu pengusaha-pengusaha dari sektor pelancongan dalam meningkatkan ekonomi di mana cukai pelancongan yang diterima oleh kerajaan negeri akan dilaburkan semula kepada sektor pelancongan,” katanya lagi.

Tambah beliau, “kita telah membuat keputusan agar program-program dan majlis-majlis anjuran pihak kerajaan boleh diadakan di hotel-hotel yang secara tidak langsung dapat membantu merancakkan lagi ekonomi dan peniagaan hotel-hotel yang ada khususnya di bandar raya Johor Bahru ini.”

-NI-

Tinggalkan komen anda