Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pasar Awam Kodiang Patuh PKP

By 30 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Syahida Che Rus/Md Zabata Ibrahim (Kota Setar)

JITRA, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Pasar Awam Kodiang dilihat mematuhi penjarakan sosial sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dengan memastikan tiada peniaga-peniaga haram mahupun pembeli yang ramai pada satu-satu masa dan kenderaan di bahu jalan pasar tersebut turut berkurangan.

Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Md Rodzi Saidin, majlis perbandaran telah membuat laluan pejalan kaki dan menanda garisan kuning untuk penjarakan sosial.

“Pihak Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah menyediakan garisan kuning agar orang awam dapat menjarakkan diri satu meter setiap orang semasa membeli barang keperluan harian di pasar dan hanya 10 orang sahaja yang boleh memasuki bangunan pasar dalam satu masa.

“Semoga masyarakat dapat terus mematuhi peraturan PKP dengan mengamalkan penjarakan sosial dan mengamalkan kebersihan dengan kerap mencuci tangan serta segera balik ke rumah sebaik sahaja membeli barangan keperluan harian,” katanya yang ditemui semasa tinjauan dilakukan, di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, tinjauan turut mendapati tiada lagi orang atau pembeli bersesak-sesak membeli namun kemungkinan pada hujung minggu seperti Jumaat atau Sabtu kawalan pergerakan perlu diperketatkan bagi menjamin keselamatan penduduk di sekitar pasar tersebut.

-SH

Tinggalkan komen anda