Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Nyah Cemar di Kawasan Tumpuan Awam

By 30 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Bagi mengekang wabak COVID-19 daripada terus menular, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu melakukan operasi nyah cemar di kawasan tumpuan awam di sekitar bandaraya Kuala Terengganu hari ini.

Operasi pada pukul 8.30 pagi ini bermula di Perhentian Bas MBKT disertai 15 petugas dan dibantu lapan anggota bomba, diketuai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MBKT, Kasmadi Mohamad.

Anggota bomba dan petugas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bersiap untuk melakukan operasi nyah cemar di Perhentian Bas MBKT, Kuala Terengganu.

Anggota bomba dan petugas MBKT bersiap untuk melakukan operasi nyah cemar di Perhentian Bas MBKT, di sini.

Menurut Kasmadi, semburan yang menggunakan cecair pembasmi kuman itu telah disembur di seluruh kawasan perhentian bas, terutama di tempat orang ramai sering berkumpul.

“Operasi nyah cemar diteruskan setiap hari sehingga hari Sabtu ini bagi memastikan kuman yang terdapat di kawasan tumpuan orang ramai terhapus.

Petugas MBKT menyembur cecair pembasmi kuman di sekitar Perhentian Bas MBKT, Kuala Terengganu.

Petugas MBKT menyembur cecair pembasmi kuman di sekitar Perhentian Bas MBKT.

“Antara kawasan yang terbabit dengan operasi ialah Pasar Kedai Payang, Pasar Batu Enam, Pasar Borong Gong Pauh, institusi kewangan dan taman awam.

“Operasi akan diteruskan sehingga lewat malam dan kami terpaksa mendapatkan bekalan cecair pembasmi kuman dari pembekal di Kuala Lumpur kerana bekalan sedia ada tidak mencukupi,” katanya ketika ditemui sempena operasi tersebut, di sini hari ini.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MBKT, Kasmadi Mohamad.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MBKT, Kasmadi Mohamad.

Kasmadi berharap, operasi nyah cemar ini dapat membantu memutuskan rangkaian virus COVID-19 dan seterusnya memberi kelegaan kepada orang ramai untuk meneruskan kehidupan harian seperti biasa.

“Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga memudahkan pihak kami menjalankan operasi nyah cemar dengan sempurna tanpa gangguan,” tambahnya.

Ketua Balai Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar.

Ketua Balai Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Rozizah Abni Hajar, berkata pihaknya bekerjasama dengan MBKT dengan menyediakan anggota dan peralatan semburan.

“Kami sedia bertugas menyertai operasi ini bagi memastikan kawasan tumpuan awam bebas daripada kuman dan virus yang menyebabkan penyakit berjangkit terutama COVID-19,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda