Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Peranan dan Sumbangan Wanita Dalam Pembangunan Negara Terus Diiktiraf

By 6 Mac 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Nabila Bohari (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensinya, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sedang giat melaksanakan kempen untuk meneruskan usaha memperjuangkan hak dan memperkasakan wanita mengikut perkembangan semasa.

Menurut Pengarah Pembangunan Wanita Negeri Johor Enny Suhailis Suleiman, penganjuran Sambutan Hari Wanita 2020 yang bertemakan`Seimbang Untuk Sejahtera’ memberi pengiktirafan terhadap peranan serta sumbangan wanita dalam pembangunan negara di mana substantif, libat urus komuniti, pertandingan dan keterlihatan antara empat fokus utama yang digarap bersempena sambutan ini.

Pengarah Pembangunan Wajita Negeri Johor Enny Suhailis Suleiman menyampaikan ucapan semasa Program Women Lavender Charity di Pusat Kebajikan Kesayangan Abadi.

Pengarah Pembangunan Wanita Negeri Johor Enny Suhailis Suleiman menyampaikan ucapan semasa Program Women Lavender Charity di Pusat Kebajikan Kesayangan Abadi.

“Wanita di Malaysia perlu meneruskan usaha mereka untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dalam pelbagai bidang termasuk di peringkat profesional ataupun peribadi,” katanya.

Tambah Enny, sambutan ini diadakan selama empat hari di Jabatan Pendidikan Negeri Johor bermula semalam dengan acara kemuncaknya adalah Forum Wanita Seimbang untuk Sejahtera dan Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita peringkat Negeri Johor yang akan berlangsung pada 8 Mac nanti.

“Pada tahun ini, Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor telah merangka lima program seperti ceramah, pameran, aktiviti komuniti dan kebajikan, program kesihatan serta sukan dan forum yang melibatkan segenap lapisan wanita di negeri ini,” ujarnya lagi ketika menyampaikan ucapan perasmian program Women Lavender Charity di Pusat Kebajikan Kesayangan Abadi, di sini, pagi tadi.

Para peserta menjalankan aktiviti pembersihan di Pusat Kebajikan Kesayangan Abadi.

Para peserta menjalankan aktiviti pembersihan di Pusat Kebajikan Kesayangan Abadi.

Beliau memaklumkan, program ini merupakan anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM), Persatuan Ibu Tunggal C.A.R.E dan Pusat Ibu Tunggal Ummi Mawarnis sebagai tanggungjawab sosial korporat.

“Pelbagai aktiviti dijalankan seperti gotong-royong, mengecat bangunan dan menghias ruangan bacaan yang bertujuan untuk menyantuni dan meluangkan masa bersama anak-anak yatim di pusat kebajikan tersebut yang melibatkan peserta seramai 53 orang,” ujarnya lagi.

Pengurus Pusat Kebajikan Kesayangan Abadi, Zuraida Salleh berkata, pusat kebajikan ini mempunyai 36 orang anak yatim dan lapan orang guru.

Para peserta program menyantuni dan meluangkan masa bersama anak-anak yatim di pusat kebajikan ini.

Para peserta program menyantuni dan meluangkan masa bersama anak-anak yatim di pusat kebajikan ini.

“Saya dan guru-guru di sini berasa sangat gembira menerima kehadiran para peserta program pada hari ini dan berterima kasih kepada persatuan yang turut memberi sumbangan keperluan harian untuk rumah kebajikan ini,” katanya lagi.

Sumbangan berupa keperluan harian dan peralatan untuk pembelajaran anak-anak pusat kebajikan ini telah disampaikan oleh Pengarah Pembangunan Wanita Negeri Johor Enny Suhailis Suleiman.

Zuraida (kiri) menerima sumbangan yang telah disampaikan Pengarah Pembangunan Wanita Negeri Johor (kanan).

Zuraida (kiri) menerima sumbangan yang telah disampaikan Pengarah Pembangunan Wanita Negeri Johor (kanan).

Menurut statistik yang telah dikeluarkan  oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2018, 15.5 juta daripada 32 juta penghuni negara ini adalah wanita di mana pada suku ketiga 2018, 38.4 peratus wanita berada dalam pasaran buruh dengan peningkatan sebanyak 0.1 mata peratus (37,900 orang) kepada 5.76 juta orang berbanding 5.72 juta orang pada suku kedua 2018.

Bagi tahun 2020, penglibatan dan peranan wanita dalam arus pembangunan negara akan diberi penekanan yang serius.

-NI-

Tinggalkan komen anda