Laporan/ foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)
BUKIT MERTAJAM, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SMSTSSS) merupakan antara Sekolah Terbaik Negeri Pulau Pinang dengan Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik dan pencapaian lulus 100%.
“Seramai 15,451 calon daripada 20,877 atau 84.51 peratus yang menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun lepas layak mendapat sijil selepas lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah,” kata Abdul Rashid Abdul Samad, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Pulau Pinang pada sidang media yang berlangsung di dewan SM Sains Tun Syed Shahabudin, Bukit Mertajam.
Abdul Rashid berkata, seramai 644 calon SPM di Pulau Pinang berjaya memperoleh semua A dalam subjek yang diambil pada peperiksaan SPM tahun lalu dengan gred Purata Sekolah (GPS) bagi Pulau Pinang pula 4.86.
Menurutnya lagi, sebanyak 24 sekolah di negeri itu memperoleh pencapaian 100 peratus dengan semua pelajar lulus.
“Semoga kecemerlangan ini dapat dikekalkan dan dapat ditingkatkan di tahun-tahun akan datang,” ujar beliau.
Turut hadir bersama, Syed Jaafar bin Syed Abdul Aziz, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah.
-ii-