Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

SEMSAS Ungguli Keputusan SPM Terbaik Daerah Kuantan

By 5 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Dayana Bahazelan / Sh. Nurul (Japen Pahang)

KUANTAN, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 18 orang pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan memperoleh semua A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 dengan Gred Purata Sekolah (GPS) sejumlah 2.07 dan seterusnya menjadikan SEMSAS berada di kedudukan pertama antara sekolah di daerah Kuantan diikuti Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kuantan, SMK Sultan Abu Bakar (SABS) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Rahman Talib (SMART).

Pengetua SEMSAS, Hajjah Noridah Ramlan gembira dengan pencapaian sekolahnya.

Pengetua SEMSAS, Hajjah Noridah Ramlan gembira dengan pencapaian sekolahnya.

Nik Zulidham Hafiz Nik Shamsul Kamar, 17, antara salah seorang pelajar sekolah ini yang memperoleh semua A dalam 9 mata pelajaran didudukinya pada SPM tahun lalu.

Nik Zulidham Hafiz berkata, dia percaya kata-kata semangat yang sering diberikan oleh ibu bapanya supaya sentiasa berpegang kepada ilmu agama dan sentiasa mengingati Allah dalam segala apa yang dilakukannya menjadi azimat dalam mencapai keputusan cemerlang selain sering bertanya kepada guru jika terdapat pemasalahan dalam pelajaran.

Nik Zulifham Hafiz berkongsi kegembiraan bersama ibunya.

Nik Zulifham Hafiz berkongsi kegembiraan bersama ibunya.

Menurut ibunya Maznah Sidek beliau bersyukur dan bangga dengan pencapaian cemerlang anaknya dan antara tiga perkara yang dipesan ialah jangan tinggalkan solat, taat kepada ibu bapa dan sentiasa hormati guru kerana katanya sebagus manapun kita belajar jika tidak ada tiga perkara ini dalam diri kita tidak akan cemrlang dan berjaya.

Manakala, bagi pengetua SEMSAS Hajah Noridah Haji Ramlan, kejayaan ini adalah hasil usaha dan komitmen semua pihak dan persiapan bagi pelajar yang ingin menghadapi peperiksaan ini dilakukan setahun sebelum bagi memastikan mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Antara kaedah yang digunakan bagi melihat perkembangan pencapaian pelajar menggunakan carta bewarna bagi memudahkan guru dan pelajar sendiri memantau tahap pencapaian mereka selain mengadakan pelbagai program di sekolah untuk para pelajar dan guru.

-KN

Tinggalkan komen anda