Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Sihat Dan Ceria Keutamaan Peniaga

By 2 Mac 2020Tiada komen4 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Taufiq Firdaus Bin Md. Nor (Besut)

BESUT, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Kehidupan yang ceria dan kualiti kesihatan yang baik, menjadi faktor utama kepada peningkatan produktiviti dan kualiti perniagaan. Bertitik tolak daripada itu, Program Sihat dan Ceria Bersama Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Besut diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan menjaga kesihatan bagi seorang peniaga.

Selain itu, para peserta diberikan pendedahan berkenaan aktiviti kemasyarakatan serta mempromosikan kepada komuniti kampung tentang perniagaan yang mereka dijalankan.

Menurut Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut, Abdul Qader Ghulam Qader, sememangnya masyarakat di Besut amat bertuah kerana berpeluang menikmati manfaat yang ditawarkan oleh program ini, sekaligus berupaya meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik dari segi intelektual, kemampuan diri dan juga sosio-ekonomi.

Ucapan Perassmian oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut, Abdul Qader Ghulam Qader.

Ucapan Perassmian oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut, Abdul Qader Ghulam Qader.

“Program Empower ECER ini merupakan salah satu strategik inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan dari keluarga berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik di wilayah ECER.

“Kejayaan program ini, secara tidak langsung telah menyumbang kepada peningkatan kualiti modal insan di negeri Terengganu amnya, dan di daerah Besut khususnya.” katanya semasa merasmikan Program Sihat dan Ceria Bersama Empower ECER anjuran Empower ECER Besut di Dewan Kompleks Rakan Muda Besut.

Tambah beliau, program ini diharap dapat menyuntik motivasi dan mengukuhkan lagi komitmen para peserta untuk terus berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kejayaan dalam perniagaan.

Eksekutif Pejabat ECERDC Negeri Terengganu, Mustaffa Emam Mokhter.

Eksekutif Pejabat ECERDC Negeri Terengganu, Mustaffa Emam Mokhter.

Menurut Eksekutif Pejabat ECERDC Negeri Terengganu Mustaffa Emam Mokhter, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan untuk menerajui pelaksanaan Pelan Tindakan Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang merangkumi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing, Johor.

“ECERDC memainkan peranan utama dalam menggariskan hala tuju, dasar dan strategi yang berkaitan dengan pembangunan ECER, serta mempromosi dan memudah cara pelaburan di ECER.

“Program Empower ECER diperkenalkan buat pertama kalinya di negeri Terengganu bermula di daerah Kemaman pada tahun 2011, dan kini diperluaskan di daerah Dungun, Besut dan Hulu Terengganu. Kini terdapat seramai 1,100 orang peserta Latihan Akademik dan 420 orang peserta Latihan Kemahiran dan Keusahawanan yang telah mengikuti program Empower ECER di daerah Hulu Terengganu dari tahun 2014 hingga 2017.” ujarnya.

Antara produk jualan daripada peserta empower ECER.

Antara produk jualan daripada peserta empower ECER.

Katanya lagi sejak tahun 2011 hingga kini jumlah keseluruhan terdapat seramai 7,040 orang peserta empower ECER di seluruh Terengganu yang merangkumi 4,800 peserta Latihan Akademi dan 2,240 orang peserta Latihan Kemahiran dan Keusahawanan.

Antara produk jualan daripada peserta empower ECER.

Antara produk jualan daripada peserta empower ECER.

Salah seorang peserta M.N Hamidi Ab. Wahab iaitu peniaga Donut Lambong berkata, program seperti ini amatlah memberansangkan kerana ianya memberi peluang kepada kami untuk mempromosikan dan melariskan lagi produk donut lambong yang kini menjadi bualan orang ramai yang telah merasainya.

“Selain itu, dengan adanya program ini, dapat mengetahui pelbagai produk dari peserta-peserta lain serta berkongsi ilmu dan pengalaman berniaga.”

Edaran bahan penerbitan Geng 1 Klik bersama tetamu jemputan dan peserta dan kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daerah Besut.

Edaran bahan penerbitan Geng 1 Klik bersama tetamu jemputan dan peserta dan kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daerah Besut.

Pelbagai aktiviti yang disediakan sempena program ini antaranya, senamrobik bersama peserta dan ahli keluarga yang dikendalikan oleh Kak Lin Aishah dari D’Aora Fitness Kuala Besut, urutan kaki, promosi servis kereta dan motorsikal, promosi dan pameran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daerah Besut, kursus fotografi, pelbagai jualan makan dan produk peserta kursus tahun 2019/2020, pemeriksaan kesihatan percuma dan taklimat kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Besut serta pertandingan mewarna kanak-kanak.

-ii-

Tinggalkan komen anda