Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19; 131 Kes Tambahan, 236 Pulih

By 6 April 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)/KKM

PUTRAJAYA, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sehingga 12:00 tengah hari ini, terdapat 131 kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,793 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, untuk hari ini terdapat 236 kes yang telah pulih menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,241 kes (32.72 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

“Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu lagi kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 62 kes, dengan kes kematian terkini melibatkan seorang lelaki berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan beberapa kes indeks positif COVID-19 daripada perhimpunan di Seri Petaling dan telah dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu pada 29 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia pada 5 April lalu,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dr Noor Hisham turut mengingatkan masyarakat untuk memainkan peranan masing-masing dalam membantu kerajaan memastikan usaha mengekang penularan jangkitan COVID-19 ini berjaya.

“Masyarakat diseru untuk mengelak daripada mempersalahkan atau mendiskriminasi mana-mana pesakit atau kumpulan yang dikaitkan dengan kluster jangkitan COVID-19, apa yang penting adalah kita membantu mengesan dan merawat jangkitan COVID-19 dalam kalangan mereka yang terlibat, keluarga dan kontak mereka,” katanya lagi.

Tinggalkan komen anda