Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kejohanan My Esports: MyStay@HomeChallenge 9 hingga 14 April Ini

By 6 April 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan Kejohanan My Esports: MyStay@HomeChallenge secara dalam talian melibatkan 13 buah negeri serta dua wilayah persekutuan bermula 9 hingga 14 April ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, kejohanan peringkat negeri akan berlangsung pada 9 hingga 10 April manakala peringkat kebangsaan akan berlangsung pada 12 hingga 14 April ini.

“Pendaftaran akan dibuka kepada seluruh peminat e-sukan di Malaysia bermula 6 April ini dengan dua jenis permainan akan dipertandingkan iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBGMobile) yang akan dipertandingkan secara berkumpulan.

“Selain menggalakkan orang ramai untuk duduk di rumah sempena Perintah Kawalan Pegerakan (PKP), pertandingan ini juga adalah salah satu usaha mencari bakat baru untuk e-sukan di Malaysia,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, kejohanan e-sukan ini dianjurkan bukan sahaja sebagai pengisian aktiviti di rumah sepanjang PKP, malah merupakan usaha dalam mendidik masyarakat bahawa sukan elektronik adalah sukan yang mempunyai potensi dan mampu melahirkan atlet e-sukan profesional serta untuk pembangunan industri e-sukan.

“Aspek kesihatan pemain akan turut diberi penekanan melalui penerapan elemen pendidikan sepanjang kejohanan ini berlangsung di mana pemain akan didedahkan kepada cara bermain dengan sihat melalui senaman ringkas yang patut diamalkan oleh penggemar e-sukan semasa bermain.

“Penggemar atau pemain-pemain e-sukan yang berminat untuk menyertai kejohanan boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kelayakan, pendaftaran, syarat-syarat penyertaan menerusi media sosial ESM dan KBS,” tambah kenyataan itu.

Tinggalkan komen anda