
Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Salawaty Mat Shariff (Seberang Perai Utara)
PENAGA, 5 April (Malaysiaaktif) – Orang awam dinasihatkan tidak mendekati Pasar Bisik Kuala Muda, Penaga sehingga 5 April 2020 berikutan proses nyah cemar yang telah dijalankan.
Operasi mencuci dan semburan disinfeksi (nyah kuman) menggunakan bahan (Sodium Hypocloride) oleh pasukan Bomba Balai Kuala Muda turut dibantu oleh pasukan Bomba Hazmat Ibu Pejabat Bomba Batu Kawan yang diketuai oleh Mohd Asri Abd Wahab bagi memastikannya mematuhi prosedur operasi standard.
Mohd Yusni Mat Piah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Penaga berkata pemberitahuan awam juga telah dilakukan kepada semua nelayan dan peraih bagi memastikan operasi ini berjalan dengan lancar.
“Pembersihan atau disinfeksi (nyah kuman) ini dilaksanakan adalah atas permintaan pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bertujuan meningkatkan kebersihan dan keselamatan nelayan, peniaga dan pengunjung dari jangkitan virus COVID-19.

Operasi mencuci dan semburan disinfeksi (nyah kuman) menggunakan bahan (Sodium Hypocloride) di Pasar Bisik Kuala Muda, Penaga.
“Pasar Bisik menjadi tumpuan orang ramai yang datang untuk membeli hasil laut segar di sini,” katanya ketika ditemui di sini.
Operasi pembersihan atau disinfeksi (nyah kuman) ini telah bermula pada 9 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi dengan semua petugas yang terlibat semasa proses disinfeksi, perlu membersihkan diri mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak bomba.
Sepanjang tempoh penutupan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat rondaan dengan kerap bagi memantau sekiranya ada aktiviti dijalankan yang melanggar perintah kawalan pergerak.
-ii-