Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Penjarakan Sosial Pasar Awam Kuala Ketil Dipantau

By 2 April 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahazir Abu Hassan/Mohd Rasidi Che Sa (Baling)

BALING, 2 Apr (Malaysiaaktif) – Bagi memastikan masyarakat mematuhi jarak sosial di Pasar Awam, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Daerah Baling (MDB), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Baling dan lain-lain jabatan turun padang dan mengetatkan lagi kaedah pembelian oleh orang ramai di pasar awam Kuala Ketil.

Ketua Polis Daerah Baling Superintenden Syed Basri Syed Ali, berkata pihaknya terpaksa menggunakan kaedah supaya masyarakat tidak bebas lagi untuk membeli barangan basah di pasar agar jarak sosial dapat diamalkan.

“Sebelum ini pemantauan yang dilakukan melihat masyarakat setempat tidak mematuhi jarak sosial, maka hari ini kita telah menghadkan hanya 15 orang sahaja dilepaskan pada satu-satu masa untuk masuk ke pasar dalam tempoh yang ditetapkan.

“PBT juga akan mengetatkan lagi pergerakan orang ramai di semua Pasar-pasar awam daerah Baling supaya orang ramai mematuhi jarak sosial ketika membeli barangan keperluan,” katanya yang ditemui, di sini semalam.

Syed Basri berkata tahap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Baling ini memuaskan.

“Secara keseluruhan kita lihat selepas lapan malam pergerakan orang ramai amat kurang, tetapi pada sebelah pagi ramai golongan keluar untuk mendapatkan bekalan makanan manakala selepas pukul lima petang golongan remaja pula keluar tanpa urusan penting dan kita akan terus memantau,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda