Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

KKSL Hasilkan PPE untuk Petugas Hospital Alor Gajah

By 2 April 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norus Saadah Ahmad/Azwa Abdul Halim (KKSL)

ALOR GAJAH, 2 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 13 warga Kolej Komuniti Selandar (KKSL) terdiri daripada pensyarah akademik, staff pentadbiran dan sukarelawan dalam kalangan penduduk setempat berjaya menyiapkan sebanyak 50 set peralatan perlindungan diri (PPE) projek fasa pertama dan menyerahkan kepada Hospital Alor Gajah untuk kegunaan petugas barisan hadapan hospital tersebut.

Pengarah KKSL, Baharuddin Osman, berkata inisiatif kerjasama strategik ini sekadar usaha kecil pihaknya dalam membantu dan memberikan sokongan padu kepada petugas hospital yang bertungkus lumus berjuang demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat ketika menghadapi COVID-19 ini.

“Pihak hospital menyediakan bahan material untuk PPE dan kami membantu menyiapkannya dengan kerjasama warga kerja KKSL dan sukarelawan.

Penyerahan 50 set PPE  yang telah siap kepada wakil pihak Hospital Alor Gajah.

Penyerahan 50 set PPE yang telah siap kepada wakil pihak Hospital Alor Gajah.

“Jika petugas kesihatan sanggup berkorban untuk kesejahteraan orang ramai semasa mendepani pandemik ini, apa salahnya kita membantu memudahkan urusan dan menyediakan keperluan mereka,” katanya ketika menyerahkan PPE di hospital tersebut, semalam.

KKSL yang menyediakan Kursus Pendek Jahitan untuk komuniti setempat juga bakal menjadikan kemahiran baharu menjahit PPE ini sebagai modul tambahan yang bermanfaat dalam Kursus Pendek Jahitan KKSL selepas ini.

KKSL juga telah menerima bahan material sebanyak 106 set PPE (Boot Cover) untuk disiapkan bagi projek fasa kedua.

-SH

Tinggalkan komen anda