Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PKP Dilanjutkan Sehingga 28 April

By 10 April 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 10 Apr (Malaysiaaktif) – Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan, pelanjutan tempoh ini dibuat untuk memberi ruang kepada petugas-petugas kesihatan memerangi penularan COVID-19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat.

“Tindakan ini selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal.

“Sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila perintah kawalan pergerakan ditamatkan dan kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama,” katanya menerusi perutusan khas hari ini.

Muhyiddin turut memaklumkan, sesi persekolahan juga akan ditangguhkan sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya.

“Saya telah minta Kementerian Pendidikan supaya melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home based learning sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini, dan mungkin untuk tempoh yang seterusnya sehinggalah sekolah dibuka,” tambahnya.

Tinggalkan komen anda