Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Waktu Operasi Imigresen di Tambak Johor Dihadkan – Ismail Sabri

By 21 April 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 21 Apr (Malaysiaaktif) – Waktu operasi Jabatan Imigresen Malaysia dan agensi berkaitan di Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor akan dihadkan kepada 7 pagi hingga 7 malam mulai Jumaat ini, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata rakyat Malaysia dari Singapura boleh terus menggunakan pintu masuk ke dalam negara melalui Kompleks Sultan Abu Bakar di Laluan Kedua yang akan terus beroperasi 24 jam, seperti biasa.

“Maka jika ada kecemasan, ada keperluan rakyat kita untuk pulang ke Malaysia selepas waktu Tambak Johor (Bangunan Sultan Iskandar) ditutup, mereka boleh guna Link Kedua untuk pulang, jika ada kecemasan seperti kematian dan sebagainya.

“Di situ, di Link Kedua, kenderaan komersial boleh bergerak seperti biasa,” katanya pada sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, hari ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda