
Foto: Markas ATM
PUTRAJAYA, 11 Mei (Malaysiaaktif) – Beberapa tangkapan pendatang tanpa izin dan tekongĀ telah dibuat selepas pihak berkuasa mengadakan kawalan keselamatan sempadan negara secara bersepadu dalam menangani penularan wabak COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan)Ā Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Tanpa mendedahkan butiran lanjut tangkapan itu, beliau berkata perkara itu membuktikan kerajaan mampu mengatasi dan menyekat kemasukan pendatang tanpa izinĀ melalui lorong tikus dan sempadan negara.
āPolisi kita jelas daripada awal lagi apabila kerajaan mengambil keputusan untuk menutup pintu masuk negara kepada warga asing kerana yang boleh masuk ke negara ini hanyalah rakyat Malaysia yang berada di luar negara.
āItupun mereka (rakyat Malaysia) dikuarantinkan secara wajib dan sekiranya mereka didapati positif COVID-19 mereka akan terus dirawat,ā katanya dalam sidang media harianĀ Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di sini, har? ini.
Ismail Sabri menegaskan warga asing yang cuba masuk ke negara ini secara haram sama ada melalui lorong tikus atau perairan tetap tidak dibenarkan.
— BERNAMA