Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Bookdoc, KBS Jalin Kerjasama Tawar Khidmat tele-Kesihatan Percuma

By 1 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 1 Mei (Malaysiaaktif) – BookDoc, bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), menyediakan perkhidmatan tele-kesihatan percuma bernilai RM1 jutaĀ untuk mengembangkanĀ jangkauan perkhidmatannya dan kesedaran COVID-19.

Pengasas BookDoc Datuk Chevy Beh berkata perkhidmatan yang disediakan adalah tele-kesihatan percuma mengenai COVID-19 atau isu kesihatan yang lain seperti kesihatan mental, untuk menyokong paraĀ atlet yang duduk di rumah ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)Ā  dan bimbingan kesihatan oleh pakar pemakanan danĀ diet.

ā€œPandemik COVID-19 adalah cabaran terbesar manusia pada zaman moden ini dan telah mempengaruhi kehidupan kita dalam pelbagai cara. Untuk memenangi peperangan menentangĀ musuh yang tidak kelihatan ini, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memikul tindakan yang kami boleh lakukan dan bertindak pantas selepas penularannya, untuk membendung virus ini,ā€ kata Beh dalam kenyataan.

Sementara itu menurut kenyataan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata perkhidmatanĀ tele-kesihatan inisiatif BookDoc adalah tepat pada masanya terutama ketika tempoh PKP, apabila semua orang tinggal di rumah.

ā€œTerima kasih BookDoc, tawaran komplimentariĀ ini kini boleh diakses oleh atlet negara, bekas atlet, pemimpin belia, pelajar dan pelatihĀ di bawah IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara) dan ILKBS (InstitusiĀ LatihanĀ KemahiranĀ Belia DanĀ Sukan),ā€ kata Reezal Merican.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda