Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

PPS Kampar Pula Ditutup, Mangsa Banjir Dibenarkan Pulang

By 12 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azalina Abdullah (Kampar)

KAMPAR, 12 MEI (Malaysiaaktif) – Dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PSS) di daerah Kampar yang menempatkan 20 orang mangsa banjir kini ditutup secara rasmi pukul 1 tengahari tadi.

Menurut Penghulu Mukim Kampar, Mohd Syamsul Azhar Mohamed Yusop, kedua-dua PPS Dewan Komuniti Kampung Tebing Tinggi dan Dewan Surau At Takwa Kampung Tersusun Batu 20 ditutup dan kesemua mangsa yang terdiri daripada tujuh buah keluarga dibenarkan pulang selepas memastikan keadaan paras air telah surut.

Kesemua mangsa banjir yang ditempatkan di sini kini dibenarkan pulang.

Kesemua mangsa banjir yang ditempatkan di sini kini dibenarkan pulang.

“PPS di daerah ini ditutup dan semua mangsa dibenarkan pulang selepas kita memastikan keadaan benar-benar telah selamat untuk mangsa kembali ke rumah masing-masing.

“Antara faktor yang diambil kira termasuklah keadaan paras air banjir selain cuaca memandangkan banjir yang berlaku adalah berpunca daripada hujan lebat tanpa henti dan menyebabkan air dari kawasan lombong berhampiran melimpah keluar dan memasuki kawasan kampung pada malam kejadian.

“Oleh itu, kita mengingatkan agar kesemua mangsa dan penduduk untuk terus berwaspada sekiranya berdepan dengan situasi tidak diingini,” kata Mohd Syamsul.

-SH

Tinggalkan komen anda