Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

UIAM Diiktiraf Peneraju Pusat Kepakaran Serantau

By 9 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang/UIAM

GOMBAK, 9 Mei (Malaysiaaktif) – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mendapat pengiktirafan daripada United Nations University (UNU) sebagai peneraju Pusat Kepakaran Serantau untuk Pembangunan Lestari (RCE).

Dalam satu kenyataan semalam, UIAM memaklumkan RCE adalah jaringan kerjasama antara individu, pakar dan organisasi yang komited dalam membina masa hadapan lestari melalui pendidikan.

“Pusat kepakaran serantau ini diberi nama RCE Greater Gombak, merupakan yang pertama seumpamanya berteraskan fungsi dalam pendidikan untuk pembangunan lestari.

“Di bawah RCE Greater Gombak ini, UIAM memainkan peranannya dalam menerajui aktiviti dan initiatif pendidikan lestari bersama masyarakat, industri dan sektor kerajaan.

“Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pendidikan asnaf di Perlis, Pelancongan Lestari di Pagoh, Johor, Kesihatan Lestari di Kuantan, Pahang dan Sekolah Sejahtera di Terengganu,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu juga menyatakan satu sesi jaringan kolaborasi dalam talian bersama pusat kepakaran serantau lain di seluruh dunia telah diadakan bagi memberi sijil pengiktirafan kepada RCE Greater Gombak.

Sesi berkenaan disaksikan wakil dari Bahagian Pendidikan untuk Pembangunan Lestari, pejabat Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris dan UNU.

Sementara itu, Rektor UIAM, Profesor Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak, berkata pengiktirafan itu bermakna UIAM kini mempunyai peranan global dalam menentukan pendidikan bagi membina masyarakat sekeliling.

“Peranan UIAM kini lebih besar dan meluas dengan mendukung segala usaha dalam melestarikan pendidikan supaya masyarakat sekeliling kita tidak ketinggalan khususnya membentuk generasi masa hadapan.

“Ini adalah satu rencana dibawah Bangsa-bangsa Bersatu dimana pendidikan diberikan keutamaan dalam menentukan bentuk masa hadapan yang kita akan ungkapkan bersama, bukan sahaja bagi universiti tapi untuk masyarakat sekitarnya,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda