
Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)
SEREMBAN, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukan sumbangan sebanyak lebih RM900 ribu kepada institusi tahfiz dan sekolah agama swasta di negeri ini pada tahun ini.
Antara sekolah yang mendapat peruntukan teresbut adalah Sekolah Menengah Agama Repah, Pusat Pendidikan As-Sa’diyyah, Pertubuhan Pendidikan Al-Aliyah Negeri Sembilan, Pusat Pendidikan Al-Irshad, Majlis Guru Besar Tadika Islam Negeri Sembilan dan Kompleks Pengajian Anak Yatim dan Warga Emas Darul Widad serta 52 buah institusi tahfiz swasta lain yang berdaftar dengan Persatuan Institusi Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan (PINTAS).
Pengerusi PINTAS, Mohd Ali Abd Kadir, berkata bantuan itu dapat memberi manfaat kepada sejumlah kira-kira 3 ribu pelajar dan dapa meringankan beban pengurusan institusi dan sekolah yang terlibat.
“Bantuan dana ini merupakan kali kedua diterima selepas kali pertama pada tahun lalu dan ianya dapat memudahkan lagi urusan pengurusan dan penyediaan kembali sesi pengajian yang akan bermula tidak lama lagi selepas sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tambah Ali, pihaknya sedang menyiapkan prosedur operasi standard (SOP) untuk membolehkan pengajian diteruskan dalam tempoh PKPP dan akan memastikan semua institusi dibawah PINTAS berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).
“Setakat ini, hanya 26 daripada 52 institusi di bawah PINTAS sudah berdaftar dengan JHEAINS, manakala selebihnya masih dalam proses pendaftaran,” ujarnya ketika ditemui di Majlis Penyampaian Bantuan Sekolah Tahfiz Dan Sekolah Agama Swasta Negeri Sembilan 2020.
Turut Hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang merasmikan majlis tersebut.
-AK