Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Keterujaan Sesi Pembelajaran Norma Baharu

By 25 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)

SEREMBAN, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Setelah hampir tiga bulan bercuti ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam terserlah keterujaan pelajar-pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau (SMKR), Seremban ketika memulakan hari pertama sesi pembelajaran dalam pasca COVID-19.

Pelajar SMKR, Mohd Aidilfitri Mohd Rasid, berkata bermula dari pemeriksaan suhu badan serta susun atur meja di dalam kelas sehingga tatacara membeli makanan di kantin, semuanya perlu dititikberatkan oleh pelajar bagi memastikan peraturan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi.

“Saya teruja untuk kembali ke sekolah kerana dapat bertemu semula rakan sekelas dan guru-guru serta meneruskan persiapan bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan datang kerana banyak silibus setiap mata pelajaran yang tertinggal sewaktu tempoh PKP yang lepas,” katanya.

WhatsApp Image 2020-06-25 at 08.27.34

Pelajar mematuhi SOP yang ditetapkan sebelum masuk ke kawasan sekolah.

Manakala Siti Aisyah Abdullah yang juga merupakan pelajar Tingkatan Lima di sekolah ini turut melahirkan keterujaan beliau untuk kembali ke sekolah.

“Rindu nak jumpa dengan kawan-kawan sekelas kerana selama ini kami hanya berbincang dan berhubung menggunakan aplikasi dalam talian sahaja maka kebenaran untuk kembali ke sekolah ini adalah satu peluang yang ditunggu-tunggu oleh saya dan rakan-rakan yang lain,” katanya.

Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau, seramai 124 orang pelajar tingkatan lima dan 41 orang pelajar tingkatan enam serta 67 orang guru terlibat dalam pembukaan semula sekolah ini.

-AK

Tinggalkan komen anda