Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Lebih Banyak Masjid di Zon Hijau Dibuka Bagi Solat Jumaat, Fardu Bermula Esok

By 18 Jun 2020Tiada komen4 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Lebih banyak masjid dan surau khususnya di kawasan zon hijauĀ di negeri-negeri di Semenanjung dibuka bagi membolehkan orang ramai menunaikan solat Jumaat dan fardu, mulai esok.

Pembukaan masjid dan surau dengan jumlah jemaah lebih ramai dibenarĀ dilaksanakan dengan secara terkawal dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP)Ā Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan (KKM). serta perluasan kapasiti jemaah secara bertahap bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Antara SOP yang mesti dipatuhi setiap jemaah antaranya berwudukĀ di rumah, membawa sejadah masing-masing, mengamalkan jarakĀ sosial serta memakai pelitup separuh muka semasa hadir ke masjid, masjid melakukan kawalan dengan memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta merekod kehadiran jemaah menggunakan aplikasi MySejahtera atau buku kehadiran.

DiĀ Shah Alam,Ā Sultan SelangorĀ Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan supaya lebih banyak masjid di mukim yang dikategorikan sebagai zon hijau oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dibuka bagi pelaksanaan solat Jumaat dan tiga solat fardu bermula esok.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu Subuh, Maghrib serta Isyak bagi masjid di dalamĀ mukim zon hijauĀ dihadkan kepada 40 jemaah, tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid.

Pada masa sama. baginda turutĀ berkenan menambah jumlah jemaah bagi solat Jumaat dan tiga solat fardhu itu di 39 masjid terpilih sebelum ini.

ā€œBagi pelaksanaan solat Jumaat dan solat Subuh, Maghrib serta Isyak di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (masjid negeri), jumlah jemaah ditambah daripada 40 orang kepada 250 orang, tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid.

ā€œUntuk jumlah jemaah bagi 38 lagi masjid terpilih itu, baginda berkenan untuk membenarkan iaĀ ditambah daripada 40 orang kepada 150 orang,ā€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Munir berkata, semua surau di SelangorĀ termasuk Surau Kebenaran Solat Jumaat masih ditutupĀ kepada orang awam.

Mengenai ibadah korban sempenaĀ hari Raya Aidil Adha kelak, Mohamad Munir berkata Sultan Selangor menitahkan supaya pelaksanaan ibadah korban itu hanya boleh dilakukan di masjid negeri, 38 masjid terpilihĀ dan masjid di dalam kategori mukim zon hijau sahaja.

DiĀ Kota Bharu,Ā Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata Sultan Kelantan Sultan Muhammad V memberi perkenan solat Jumaat, solat fardu serta pelaksanaan aktiviti di masjid dan surauĀ di KelantanĀ dilaksanakan secara terkawal dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kehadiran jemaah adalah berdasarkan kapasiti sebenar (saiz masjid) setelah diambil kira keperluan jarakĀ sosial sekurang-kurangnya 1 meter termasuk di anjung dan pekarangan masjid danĀ surau.

“Masjid dan surau hanya akan dibuka satu jam sebelum waktu solat dan akan ditutup selepas solat disempurnakan. Pintu masjid hendaklah ditutup apabila bilangan jemaah mencapai kapasiti maksimum,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata masjid dan surau ini tidak dibenarkan beroperasi di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Tengku Mohamad Rizam berkata, bagiĀ aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid dan surau boleh dilaksanakan kecuali aktiviti yang dilarang seperti kenduri, gotong-royong dan seumpamanya, manakala kuliah Maghrib dan Subuh dibenarkan dengan syarat jemaah mematuhi jarakĀ sosial.

“Kuliah Maghrib ditamatkan sebaik sahaja masuk waktu Isyak dan tazkiran Subuh dilaksanakan selama 15 minit sahaja manakala majlis akad nikah dibenar dilaksanakan di masjid atau surau dengan mematuhi jarakĀ sosial dengan bilangan tidak melebihi 20 orang dalam satu-satu masa,” katanya.

Beliau berkata, ruang terhad dibuka di masjid danĀ surauĀ untuk mereka yang singgah solat seperti musafir, pemandu perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda