Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pembukaan Pasar Mengikut SOP PKPP

By 18 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azreen Ahmad (Jasin)

MELAKA, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan yang telah membenarkan pembukaan pasar pagi, pasar terbuka, pasar malam dan bazaria dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kerajaan negeri Melaka melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas COVID-19 yang bersidang pada 9 Jun 2020 telah bersetuju membenarkan pembukaan perniagaan tersebut dalam tempoh PKPP berkuatkuasa mulai 15 Jun 2020.

Sektor ekonomi kini dibenar beroperasi dengan SOP yang telah ditetapkan.

Sektor ekonomi kini dibenar beroperasi dengan SOP yang telah ditetapkan.

Menurut kenyataan media Pejabat Ketua Menteri Melaka, kerajaan negeri Melaka telah memperhalusi dan mengeluarkan Prosedur Operasi Standars (SOP) Pembukaan Pasar Pagi, Pasar Terbuka, Pasar Malam dan Bazaria dalam tempoh PKPP di negeri ini.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 17 Jun 2020 telah meluluskan sebanyak 100 lokasi tapak baharu yang bersesuaian bagi pembukaan perniagaan tersebut bagi memenuhi dan mematuhi SOP yang dikeluarkan.

“Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengenal pasti dan membuat pemilihan penganjuran yang telah mendapat pertimbangan serta sokongan daripada Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) sebelum meluluskan permohonan penganjur berdasarkan lokaliti tapak yang dicadangkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan PBT.

“Daripada jumlah lokasi yang telah diluluskan oleh MMKN, PBT telah mengenal pasti 21 lokasi pasar malam yang akan beroperasi pada 18 Jun 2020. Lokasi tambahan yang lain akan diselaraskan oleh setiap PBT berdasarkan kesesuaian SOP yang telah dikeluarkan,” kata kenyataan itu.

Kerajaan Negeri Melaka berharap dengan kebenaran terbaharu ini akan memberi tambahan peluang pendapatan kepada peniaga-peniaga kecil dan merancakkan semula ekonomi negeri Melaka khususnya kepada peniaga pasar pagi dan pasar malam.

-KN

Tinggalkan komen anda