
Laporan/foto: Wan Muhamad Zikri Wan Kamis (Perlis)/Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis
SIMPANG EMPAT, 11 Jun (Malaysiaaktif) – Lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Dato’ Ahmad Musa Simpang Empat, pagi tadi.
Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba Kangar Rajalee Abdul Rahman, kebakaran ini mengakibatkan sebuah rumah dua tingkat musnah hampir 90 peratus manakala sebuah kereta dan dua buah motorsikal turut musnah.
“Selepas menerima panggilan pada pukul 9.57 pagi, pihak bomba dengan kekuatan enam buah jentera dari Balai Bomba Kangar, Simpang Empat dan Kuala Perlis bergegas ke lokasi kebakaran.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
-NI-