Laporan/foto: Maherah Marina Mahusin (Kuala Terengganu)
KUALA TERENGGANU, 11 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 114 usahawan menjadi penerima Tabung Usahawan Sejahtera dan juga Tabung Pemulihan Peniaga Kecil Sederhana Terengganu COVID-19.
Tabung ini adalah salah satu skim pembiayaan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) bagi membantu meningkatkan prestasi perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terengganu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang lalu.
Bagi Nik Abdul Halim Nik Abdullah, 39, ini adalah satu titik permulaan semula setelah tiga bulan perniagaan mengalami penurunan penjualan akibat pandemik COVID-19.
Beliau berkata sejak PKP dan PKPB, perniagaan servis kereta dan kedai tayar miliknya terpaksa ditutup dan hasil penjualan menurun sebanyak 70 peratus. Pekerjanya seramai tujuh orang juga terpaksa diberikan cuti sementara kerana tidak mampu untuk membayar gaji pekerja.
āAlhamdulillah dengan adanya tabung untuk usahawan yang saya peroleh sejumlah RM50, 000 ini dapatlah saya meringankan beban sepanjang tempoh PKP dan menjadi modal untuk menambahbaik perniagaan saya kembali,ā katanya ketika ditemui di majlis penyerahan cek yang bertempat di Dewan Konvensyen Yayasan Pembangunan Usahawan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja,Ā Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman yang hadir bagi sesi penyerahan cek kepada usahawan yang terlibat berkata, Yayasan Pembangunan Usahawan telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Terengganu dalam membantu usahawan-usahawan yang terjejas semasa COVID-19.
āSasaran utama kita adalah untuk Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu, Tabung Siti Khadijah, Skim Atas Talian Terengganu, Dana Usahawan dan Industri Mikro Terengganu, Dana Prihatin Terengganu-OKU (DāHATI) dan juga Program Peningkatan Kapasiti Terengganu (TāCAP).
Turut hadir pada majlis penyerahan semalam ialah Pegawai Ketua Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Ahmad FarhanĀ Abdul Wahab.
-ii-