
Foto: Kementerian Komunikasi dan Multimedia
PUTRAJAYA, 28 Jun (Malaysiaaktif) –Ā Masyarakat luar bandarĀ perlu mendapat kemudahan komunikasi setaraf dengan orang bandar agar mereka tidak ketinggalan dari segi maklumat dan pengetahuan.
Timbalan Menteri Komunikasi dan MultimediaĀ Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata kerajaan memberi dekoder MYTV secara percuma kepada masyarakat luar bandar khususnya keluarga B40 dan golongan kurang upaya (OKU) agar mereka mendapat informasi terkini.
āPengetahuan adalah aset, tanpanya kita tidak boleh hidup atas dunia ini,ā katanya ketika berucap pada program Sepakat@ Komuniti di Dewan Kemas, Alor Tampan, Santan diĀ Perlis semalam.
Zahidi sebelum itu menyampaikan dekoder MYTV kepada 25 penerima.
Katanya bermula pertengahan 2018, MYTV telah memperuntukkan sebanyak dua juta dekoder kepada golongan B40 danĀ sehingga Mei 2020 sejumlah 1.87 juta Ā unit dekoder telah diagihkan.
āPada Mei tahun ini, kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memperuntukkan sebanyak 300,000 unit dekoder untuk diagihkan kepada golongan B40 dan OKU,ā katanya.
Dalam pada itu, Zahidi yang ditemui pada sidang media kemudianĀ berkata kerajaan sentiasa berusaha menambah baik Ā kemudahan jalur lebar di kawasan luar bandar secara berperingkat.
Katanya terdapat beberapa kawasan di luar bandar masih belum ada capaian jalur lebar dan kerajaan sedang berbincang dengan syarikat telekomunikasi untuk memperluas jaringan capaian Internet di luar bandar agar rakyat mendapat maklumat yang sahih.
āKita tidak mahu berita tidak sahih sampai kepada rakyat kerana ianya boleh mengudang kepada keresahan,ā katanya.
— BERNAMA