Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PENJANA: RM9 Bilion Tangani Masalah Pengangguran, Pengekalan Pekerjaan Rakyat

By 5 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Sebanyak RM9 bilion akan diperuntuk kerajaan bagi menangani cabaran kadar pengangguran yang meningkat dan memastikan pengekalan pekerjaan rakyat dalam negara dalam tempoh pemulihan semula ekonomi negara, ekoran wabak COVID-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dijangkakan peruntukan berkenaan, yang akan disalur melalui beberapa insiatif, akan dapat memanfaatkan seramai tiga juta tenaga kerja dalam negara.

“Saya tahu ramai dalam kalangan masyarakat yang bimbang akan risiko kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan berikutan banyak sektor dan aktiviti ekonomi terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

“Saya faham ekonomi akan mengambil masa untuk pulih dan terdapat golongan masyarakat  yang masih perlukan bantuan sepanjang pemulihan ekonomi,” katanya ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disiarkan secara langsung menerusi radio dan televisyen, hari ini.

Muhyiddin berkata ini termasuk melanjutkan program Subsidi Upah yang diperkenal dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan PRIHATIN Tambahan sebelum ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM5 bilion.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda