Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Solat Hajat untuk Palestin di Wilayah Persekutuan dari 15 Hingga 21 Jun

By 15 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 15 Jun (Malaysiaaktif) –Ā Solat sunat hajat, doa selamat dan bacaan ā€˜Qunut Nazilah’ akan dilaksanakan diĀ masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di Zon Hijau seluruh Wilayah PersekutuanĀ selepas solat Maghrib bermula dari 15 hingga 21 Jun sertaĀ selepas solat Jumaat pada 19 Jun.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Mohd AjibĀ Ismail berkata sebagai menjunjung titah perintah Yang di-Pertuan AgongĀ Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin, JAWI menetapkan seluruh masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di Zon Hijau diĀ Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk menganjurkan ibadat itu pada waktu dan tarikh berkenaan.

“Pelaksanaannya adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang ditetapkan sebelum ini.

“Umat Islam juga disaranĀ berdoa agar wabak COVID-19 yang melanda negara segera berlalu serta kesejahteraan kepada seluruh rakyat Palestin, dilindungi tanah airĀ serta dibebaskan daripada penjajahan dan penindasan rejim Israel,ā€ katanya dalam kenyataan malam tadi.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda